Catatan

Tunjukkan catatan dari November 24, 2019

Saya Manusia Yang Lemah

Imej
Acik Mah banyak membantu kerjaya saya Subuh 26 November 2019 saya telah menulis di halaman Facebook " Saya akan meninggalkan dunia fotografi" Bergegar wall FB dengan reaksi rakan-rakan termasuk mereka yang tidak pernah saya kenali di alam nyata. Amy Anissah  adalah orang pertama memberikan reaksi terkejut. Saya tak tahu apakah waktu beliau sedang berada di corong radio atau tidak kerana Amy adalah DJ radio yang pernah menjadi pelajar saya suatu masa dulu. Saya menangis sebenarnya selepas itu tanpa diketahui oleh sesiapa. Saya pegang telefon pintar dengan lenangan air mata sambil berbisik, "sudah sampai masanya aku pergi dari dunia fotografi yang telah banyak meninggalkan rezeki". Saya ingin menghabiskan sisa-sisa usia dengan isteri tercinta Fotografi juga telah mengkayakan saya sehingga telah berjaya membawa saya dan keluarga menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebanyak tiga kali. Fotografi pernah membawa saya menjelajah ke beberapa tempat di du