Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 17, 2019

Persatuan Pesara UKM

Imej
Semalam saya dan isteri hadir ke mesyuarat Agong Persatuan Pesara UKM Ke-8 buat kali pertama. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Senat UKM, bilik yang mempunyai taraf yang tinggi bagi sesebuah universiti. Setelah bersara sebenarnya sukar untuk hadir ke bilik ini kerana ia hanya tempat mesyuarat-mesyuarat tertentu sahaja dapat dibuatkan kat sini. Kebanyakkan yang hadir terdiri dari kalangan pesara UKM yang telah lama meninggalkan kerjaya kerana bersara wajib. Syukur, kami masih diberi tenaga untuk menunaikan tangungjawab sebagai ahli serta jawatankuasa. Mesyuarat berjalan dalam suasana santai dengan dimulakan dengan majlis perasmian oleh  YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UKM.  Naib Canselor melahirkan rasa bertuah kerana berada di dalam kalangan orang-orang yang hebat sebelum ini. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih kerana pesara UKM masih menunjukkan cinta mereka kepada UKM. Beliau secara bergurau, mungkin ada dari kalangan pesara sebaya ayahanda