Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 13, 2019

Itulah Kali Terakhir

Imej
Menjadi rutin saya apabila bangun pagi sebelum Subuh akan membuka telefon untuk melihat pesanan pada Whatsap, Facebook dan SMS. Saya berbuat demikian kerana sudah menjadi budaya sejak masih bekerja kerana nak baca jika ada pesanan segera. Setelah bersara ialah kerana nak lihat kalau ada berita penting maklumlah ada anak yang tidak tinggal bersama setelah mereka berkahwin. Lagi pula, saya pernah terjadi ada pesanan tentang kematian rakan yang lewat diketahui. Pagi tadi benar-benar mengejutkan saya apabila membaca mesej daripada Ikhwan Hashim, rakan setugas dulu. Haji Ramli Adnan telah kembali ke Rahmatollah malam tadi. Saya terkejut. Saya jadi tidak percaya. Tapi janji Allah saya tetap percaya bahawa kematian akan  berlaku pada bila-bila masa dan di mana saja. Saya membuka FB. Be nar. Ramli telah tiada. Apa sakitnya, fikir saya. Saya menduga mungkin berlaku komplikasi kerana setahu saya Haji Ramli ada mengidap Diabetes dan Darah Tinggi. Mungkin. Tapi saya masih belum puli