Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Arahan Doktor Pada 6 Disember 2019

Imej
6 Disember 2019 saya isteri dan puteri bongsu keuar seawal jam 6.30 pagi ke Hospital  Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)/PPUKM. Saya ada temujanji klinik hati. Kami keluar awal sebab merancang selepas siap temujanji dengan doktor akan bergerak ke Utara nak balik ziarah saudara mara dan kawan-kawan di sana.   Saya lega sebab nombor giliran saya naik cepat. Doktor terus bersuara dalam keadaan serius, "Encik U ada pernah jumpa doktor Nefro?". Saya jawab ringkas; "Ada...." Doktor menyambung lagi bahawa Buah Pinggang saya semakin lemah. Cretianen 1,000 lebih ulas doktor. Doktor terus menghubungi klinik pakar Nefro. Doktor di sana meminta saya naik ke wad 6F. Nanti saya buat surat lampiran kata doktor tersebut. Saya naik ke tingkat 6 HCTM dan bertemu Nurse. Mereka mengambil darah saya dan minta datang semula selepas solat Jumaat. Seperti yang diminta selepas solat Jumaat di surau HCTM saya kembali ke wad 6F bertemu doktor dan memberitahu keputusan ujian dar

Saya Manusia Yang Lemah

Imej
Acik Mah banyak membantu kerjaya saya Subuh 26 November 2019 saya telah menulis di halaman Facebook " Saya akan meninggalkan dunia fotografi" Bergegar wall FB dengan reaksi rakan-rakan termasuk mereka yang tidak pernah saya kenali di alam nyata. Amy Anissah  adalah orang pertama memberikan reaksi terkejut. Saya tak tahu apakah waktu beliau sedang berada di corong radio atau tidak kerana Amy adalah DJ radio yang pernah menjadi pelajar saya suatu masa dulu. Saya menangis sebenarnya selepas itu tanpa diketahui oleh sesiapa. Saya pegang telefon pintar dengan lenangan air mata sambil berbisik, "sudah sampai masanya aku pergi dari dunia fotografi yang telah banyak meninggalkan rezeki". Saya ingin menghabiskan sisa-sisa usia dengan isteri tercinta Fotografi juga telah mengkayakan saya sehingga telah berjaya membawa saya dan keluarga menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebanyak tiga kali. Fotografi pernah membawa saya menjelajah ke beberapa tempat di du

Kisah Jiran Dan Anak Kecil

Kisah tadika swasta berjiran dengan seseorang. Kanak-kanak tadika ni sering jadi mangsa misalnya disiram air ketika berada dipinggir pagar. Jiran ni marah katanya bising. Biasalah antara aktiviti mereka bersolat, berdoa, berselawat dan sebagainya. Berbagai provokasi dibuat seolah-olah nak suruh tutup tadika ini.  Suatu masa jiran ini telah meninggal dunia. Ketika diberitahu oleh guru mereka, anak-anak ini spontan terdiam. Mereka membaca Al Fatihah untuk arwah.  Beruntung arwah kerana kematian dihidangkan dengan doa oleh anak-anak kecil masih bersih walaupun semasa hidupnya anak-anak ini dianggap mengganggu hidupnya.  Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah.

Selamatkah Bidang Kerjaya Kita?

Imej
Ada masa kerjaya kita nampak hebat. Oleh: Haji Abd Raai bin Osman. Ketika beberapa orang rakan saya kena 'buang kerja' terasa sedih juga mengenangkan nasib mereka. Ketika saya diberitahu tempat kerja anak saya akan ditutup terasa gelap juga mata mengenangkan masa depannya. Cuma selepas itu saya gembira kerana anak saya ditawarkan bekerja di pejabat induknya. Fenomena menutup beberapa agensi dan jabatan membuatkan saya terfikir data yang dikeluarkan mengatakan menjelang  2022, dianggarkan 133 juta jenis pekerjaan di dunia akan berubah menjadi pekerjaan baharu manakala 75 juta lagi akan pupus akibat perkembangan teknologi.  Hal ini tidak menghairankan kerana sejak saya bekerja 40 dulu, banyak jawatan-jawatan telah dijumudkan atau hapus. Malah dikalangan perancang kerjaya telah memikirkan nama-nama baharu kepada beberapa kerjaya dengan mengharapkan berlaku pekerja yang multitalskin.  Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) Wan Zulkfli Wan S

Haji: Doa Dan Air Mata

Imej
Sila baca selanjutnya di  Haji: Doa dan Air Mata Ketika balik dari melontar di Mina Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tetentu menurut syarat-syaratnya. Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap muslim mestilah berazam untuk menunaikan ibadat haji dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Haji merupakan rukun Islam yang kelima. (petikan buku Figh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah-Tabung Haji 2018 Menyedari semua itu saya terus berazam untuk menunaikan fardu haji. Sering berdoa agar Allah menjemput saya menjadi tetamu-Nya. Wang bukan ukuran kemampuan kita tetapi jemputan Allah itu amat mustahak untuk dinilai. Namun, berdasarkan catatan dibawah maka saya dengan jujurnya berkata perjalanan haji saya bukanlah semudah menyimpan wang.

Ke Tanah Suci Pada 24 Julai Hingga 8 September 2019

Imej
Ketika anda sedang membaca tulisan ini saya sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat ke Tanah Suci pada 25 Julai 2019 | 6.15 petang | Dijangka kembali  🛬  ke tanahair pada 7 September 2019 🙂 Justeru, kami berdua ingin memohon ampun maaf kepada saudara mara, sahabat handai, rakan dan kenalan. Halalkan makan dan minum. Seandainya kami ada berhutang sila hubungi kami atau waris (Nur Atiqah dan adik-adiknya). Begitu juga jika ad a yang menanggung hutang dengan kami boleh kita berurusan agar tidak menanggung dosa di kemudian hari kelak. Insha Allah saya akan mencatatkan perjalanan setelah selesai balik dari Tanah Suci. Untuk setekat ini izinkan saya membuat persiapan sebelum tarikh keberangkatan. Catatan saya lebih berpegang pada kata-kata bijak pandai, menunai fardu haji bukan kerana banyak wang tetapi kerana atas jemputan Allah. Tunggu catatan itu selepas saya selamat kembali ke tanah air. Banyak air mata saya dan isteri tertumpah ketika menanti panggilan agong! Doaka

Jelajah Masjid Dengan Fotografi { Edisi yang sering dikemaskini}

Imej
Alhamdulillah saya telah memulakan projek persendirian meneroka masjid-masjid di seluruh Malaysia. Projek ini sempena hampir setahun saya bersara. Masjid adalah te mpat beribadat umat Islam. Masjid juga menjadi tempat apa juga kegiatan agama dan kemasyarakatan. Jika di Tanah Suci Mekah dan Madinah ada masjid yang agong iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjid Qubah. Manakala Masjid Baitumaqdis adalah salah satu masjid yang agong. Tajuk ini telah saya bangun sebuah halaman khas. Sila lawat: jelajahraai.blogspot.com

Terima Kasih Jururawat

1969: Hospital Sungai Petani, Kedah: Anak Pak Cik, Mak Cik, kena tahan di wad. itu sahaja yang saya masih ingat apabila doktor di hospital itu selesai memeriksa saya. Badannya panas teruk. Seingat saya selepas itu saya dimandikan oleh Nurse dengan ketulan air batu, sejuk amat sangat tetapi amat selesa kerana badan saya ketika itu panas. Selepas lapan hari saya keluar namun masih tidak selesa kerana mengidap demam panas yang melampau. Selang tidak berapa lama ayah yang disayangi kembali ke Rahmatollah. Hospital Bersalin Kuala Lumpur 1991: "Encik Raai Osman...." laung seorang Nurse dari pintu klinik pemeriksaan ibu mengandung. "Isteri Encik tumpah darah. bawa dia ke wad kecemasan saya ikut sama". "Maaf, kandungan isteri Encik tak dapat diselamatkan...". 19 November 1991 Hujan diluar cukup lebat, kilat sabung menyabung. Emak makin lemah. Atas pesan doktor aku mengajak Nasir jiranku memandu untuk membawa emak ke HKL. Kata Nasir, huja

Persatuan Pesara UKM

Imej
Semalam saya dan isteri hadir ke mesyuarat Agong Persatuan Pesara UKM Ke-8 buat kali pertama. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Senat UKM, bilik yang mempunyai taraf yang tinggi bagi sesebuah universiti. Setelah bersara sebenarnya sukar untuk hadir ke bilik ini kerana ia hanya tempat mesyuarat-mesyuarat tertentu sahaja dapat dibuatkan kat sini. Kebanyakkan yang hadir terdiri dari kalangan pesara UKM yang telah lama meninggalkan kerjaya kerana bersara wajib. Syukur, kami masih diberi tenaga untuk menunaikan tangungjawab sebagai ahli serta jawatankuasa. Mesyuarat berjalan dalam suasana santai dengan dimulakan dengan majlis perasmian oleh  YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UKM.  Naib Canselor melahirkan rasa bertuah kerana berada di dalam kalangan orang-orang yang hebat sebelum ini. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih kerana pesara UKM masih menunjukkan cinta mereka kepada UKM. Beliau secara bergurau, mungkin ada dari kalangan pesara sebaya ayahanda

Itulah Kali Terakhir

Imej
Menjadi rutin saya apabila bangun pagi sebelum Subuh akan membuka telefon untuk melihat pesanan pada Whatsap, Facebook dan SMS. Saya berbuat demikian kerana sudah menjadi budaya sejak masih bekerja kerana nak baca jika ada pesanan segera. Setelah bersara ialah kerana nak lihat kalau ada berita penting maklumlah ada anak yang tidak tinggal bersama setelah mereka berkahwin. Lagi pula, saya pernah terjadi ada pesanan tentang kematian rakan yang lewat diketahui. Pagi tadi benar-benar mengejutkan saya apabila membaca mesej daripada Ikhwan Hashim, rakan setugas dulu. Haji Ramli Adnan telah kembali ke Rahmatollah malam tadi. Saya terkejut. Saya jadi tidak percaya. Tapi janji Allah saya tetap percaya bahawa kematian akan  berlaku pada bila-bila masa dan di mana saja. Saya membuka FB. Be nar. Ramli telah tiada. Apa sakitnya, fikir saya. Saya menduga mungkin berlaku komplikasi kerana setahu saya Haji Ramli ada mengidap Diabetes dan Darah Tinggi. Mungkin. Tapi saya masih belum puli