Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 30, 2018

Tan Sri Noor Azlan Ghazali yang saya kenal

Imej
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Semua warga UKM pasti kenal beliau kerana Tan Sri adalah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2018. Saya mengenali YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali   kerana beliau adalah bos besar UKM ketika saya masih bertugas di UKM. Sebagai Jurufoto, saya salah seorang yang kerap mengikut pergerakan beliau boleh dikatakan ke seluruh pelusuk UKM, Malaysia malahan hingga ke luar negara. Seorang yang suka membawa perubahan. Mengajak warga UKM berfikir di luar kotak. Bila bercakap soal ekonomi itulah kesukaan beliau kerana Tan Sri Noor Azlan  adalah pakar ekonomi. Saya masih ingat, pada awal perkhidmatannya sebagai Naib Canselor (NC) Tan Sri Noor Azlan  membuat kejutan dengan memanggil semua Jurufoto dan karyawan foto UKM ke satu pertemuannya dengan beliau di Bilik Mesyuarat Naib Canselor. Pada saya "apa hal seorang yang agak tinggi jawatan dalam UKM nak b