Catatan

Tunjukkan catatan dari November 25, 2018

Setelah Anda Bersara

Imej
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: |  KWSP Anda  | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara  | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara ora

Menjadi Individu Hebat?

Imej
Sebelum saya berangkat mengerjakan umrah mulai 5 hingga 15 November 2018 saudara Pauzi Paimin dari Pusat Profesional UKM menghubungi saya untuk meminta menjadi ahli forum Program Jati Diri pada 26 November 2018. Saya bersetuju. Rakan sejawat boleh membantu untuk kecemerlangan kita tetapi jangan jadikan mereka mangsa untuk kehebatan kita   Jam 10.30 pagi 26 November saya tiba di Dewan Utama Pusat Siswazah UKM. Jika dulu saya hadir sebagai Jurufoto, Kali ini saya hadir sebagai ahli forum. Wauu, terasa hebat. Saya akan berada di pentas itu yang sering kali diduduki oleh orang-orang hebat. Tokoh-tokoh terkenal, tetapi hari ini saya seorang pesara yang dulunya hanya seorang kakitangan sokongan UKM. Saya bersama  Prof. Dato' Dr. Teo Kok Seong, Fellow ATMA dan KITA UKM dan Tuan Haji Khalis bin Mohd Salleh mantan Timbalan Pendaftar UKM  duduk sebaris di atas pentas. Topik yang saya akan bincangkan nanti ialah Jati Diri.  Setelah dua orang ahli panel memberi pendapat, ma