Catatan

Tunjukkan catatan dari September 9, 2018

Awas! Keretapi Nak Melintas.

Imej
Pernah naik keretapi? Keretapi cara lama yang memenatkan! Mungkin itu ungkapan yang pernah kita dengar. Sebelum tahun 1995 tidak semua orang berminat naik keretapi. Ia dianggap pengangkutan yang kurang selesa. Saya sendiri pernah naik keretapi buat kali pertama pada tahun 1976 dari Bukit Mertajam Pulau Pinang tanpa kerusi. Berdiri dan tidur di lantai dengan beralaskan surat khabar. Pernah duduk di pintu keretapi sepanjang perjalanan dari Kluang, Johor ke Kuala Lumpur. Banyak sekali pengalaman namun ia cukup manis untuk dikenangkan. Ketika palang belum ditutup. Selepas wujudnya keretapi letrik iaitu Komuter dipertengahan tahun 1995 segala-galanya berubah. Orang ramai yang berada di Lembah Klang mulai berminat naik komuter yang selesa lagi pantas. Malah komuter mampu mengurangkan masalah kesesakan jalanraya. Jika dulu komuter beroperasi dari Kuala Lumpur ke Sremban, Kuala Lumpur ke Klang, Kuala Lumpur ke Rawang, Kuala Lumpur ke Batu Caves. Kini komuter telah meluaskan khidmat