Catatan

Tunjukkan catatan dari September 2, 2018

Lokasi Rehat Tasik Beris Terbiar

Imej
Artikel berkaitan: Tasik Beris | Puncak Beris yang damai | Bengkel Fotografi di Tasik Beris, Sik, Kedah _____________________________________________________________ Pada 1hb September 2018 saya kembali berhenti menghirup udara segar di Tasik Beris ketika pergi ke Belantek, Sik Kedah untuk menghadiri majlis kenduri di rumah Anuar. Tasik Beris tidak seperti yang saya lihat seperti tahun 2013 dimana kali terakhir mengunjunginya. Waktu itu saya ke sana kerana mengendalikan satu kursus fotografi. Tasik Beris yang terletak sejauh 24 km dari Pekan Sik, 51km dari Pekan Gurun, 72km dari Bandar Alor Star terletak di pedalaman Kedah dengan kehijauan bukit bukau dan keheningan yang semulajadi. Ia dibina pada tahun 2000 dengan menenggelamkan Kampung Sungai Batang dimana terdapat lima kampung kecil di dalamnya iaitu Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar. Disamping sebahagian kampung Batu Seketol juga tenggelam manakala sebuah lagi Kampung Terenas

Suatu Pagi Di Sebuah RnR

Imej
Din (bukan nama sebenar) memandu bas ekpres menuju ke Kuala Lumpur dalam kepekatan malam. Suasana dalam bas sunyi, maklumlah semua penumpang tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Tumpuan pada lebuhraya diberi perhatian seratus peratus kerana terdapat lebih 30 orang penumpang. Di sebuah hentian Din ambil keputusan untuk tidak berhenti kerana tiada penumpang yang berhajat untuk ke bilik air atau menjamah makanan. Ketika mendaki sebuah bukit di lebuhraya Din dikejutkan oleh seorang lelaki tua melayu. “Apa pasal tak berhenti tadi? Saya nak ke bilik air ni”. Tanpa berkata apa-apa Din berhenti di sebuah RnR yang agak sunyi. Kalau siang hari RnR ini boleh dilihat dikelilingi dengan pokok-pokok hijau. Cantik dan menyegarkan. Setelah bas berhenti ada seorang budak lelaki Bersama ibunya turun ke bilik air. Sementara itu Din mengambil kesempatan menghisap rokok. Suasana sepi dan dingin. Tiba-tiba budak lelaki tadi balik semula ke bas Bersama dengan ibunya de