Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 19, 2018

Saya Anak Ibu.

Imej
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah tempat kerja saya yang pertama dan terakhir. Ibu adalah syurga saya, semua orang tahu hal ini. Ketika saya mula-mula bekerja dulu telah bertekad untuk membahagiakan seorang ibu yang telah melahirkan saya. Ibu seorang ibu tunggal kematian suami ketika usia saya 11 tahun. Pernah seorang pemuda menyindir saya dah besar masih hidup di bawah ketiak mak. Saya diam kerana dia jahil agama (kalau dia faham sudah tentu dia tahu menjaga seorang ibu dapat pahala yang besar) dan tak faham sejarah hidup saya yang tak perlu di dihebohkan. Ibu pernah membesarkan saya dengan menoreh getah dikebun orang. Sebut saja di Kampung Sungai Batang, Sik, Kedah siapa yang kenal Mak Long Teh. Itulah ibu saya yang sering mengambil upah menanam padi, menuai padi setiap musim. Malah waktu malam dia akan membuat tikar mengkuang atau atap Rumbia.  Ibu tak tahu duduk diam. Menariknya di sebelah pehanya ibu saya terdapat golok sebagai senjatanya. Dia tak ada niat nak bunuh

Nota Ringkas Fotografi

Saya menyediakan nota ringkas fotografi. Sila klik di sini  http://www.alam-senifoto.com