Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 12, 2018

Wujudkan Tabung Keluarga

Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pinjam bank, pinjam dengan kawan dan keluarga. Paling sedih pinjam dengan Ah Long (orang lembutkan bahasa Along....).  Malah sistem KUTU juga cara penyelesaian kewangan yang terkenal dikalangan masyarakat kita terutama orang melayu. Bergadai juga antara kaedah penyelesaian kewangan yang tradisinol dan terkenal dikalangan kita malah akhirnya barang kemas tinggal kosong dalam simpanan! Jika semua cara diatas kita kata baik maka ia adalah kaedah penyelesaian yang kerap dilakukan oleh semua orang.  Saya suka wujudkan Tabung Keluarga untuk kes-kes kecemasan. Malah ada kawan saya wujudkan sistem seperti koperasi dengan penglibatan agak besar. Siap buat mesyuarat tahunan. Ini kaedah menyelesaikan masalah-masalah kewangan seperti untuk pendidikan, kesusahan dan melancong. Menabungnya tak banyak boleh dimulakan dengan RM50 atau RM30. Anda boleh cuba seba