Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 29, 2018

Menahan Sendu Adalah Peribadi Jurufoto

Imej
Kami orang biasa. Kalangan kami ada yang tidak berkelulusan tinggi. Namun pada kebiasaannya kami berada dibarisan depan di mana-mana juga majlis. Orang tetap mengenali kami kerana kami adalah manusia yang bergelar Jurufoto. Izinkan saya berehat Fotografi kini hanyalah hobi saya bersama keluarga Saya tidak mahu ketogerikan mana-mana Jurufoto sebab semua oarng menggelarkan dirinya sebagai Jurufoto jika sudah memegang kamera. Tetapi jika kita mampu bertahan dengan kerjaya untuk jangkamasa lebih 20 tahun maka saya akan tabik dengan anda. Sebab, ramai yang kecundang selepas hanya lima tahun memegang kamera. Saya ada kawan-kawan yang masih bertahan sehingga 30 tahun menjadi Jurufoto. Menjalankan perniagaan dalam bidang fotografi. Ada juga yang menjawat jawatan Jurufoto sehingga bersara, seperti saya. Pada saya bersara hanyalah syarat wajib dalam perkhidmatan kerana wajib mengundurkan diri kerana sudah cukup sy

Jurufoto Perlu Pandai Mencium Peristiwa

Imej
Peristiwa 1: 15 Julai 1987 - Bangi. Selepas solat Jumaat saya sudah bersedia di sekitar Dewan Tun Abdul Razak UKM. Menurut sumber satu tunjuk perasaan akan berlaku selepas solat Jumaat. Saya dengan Wak Leman (Saleman Leman ) sudah bersedia. Suasana masih seperti biasa kerana waktu itu orang baru balik ke tempat kerja selepas solat Jumaat. Seperti tiada apa=apa yang akan berlaku. Kata saya kepada Wak Leman "tak jadi kot" dalam loghat Kedah. "Tunggu....mesti jadi punya", jawab Wak Leman dengan sedikit lenggok Jawa dia............... Jam 2.40 petang tiba-tiba terdengar bunyi motosikal. Kemudian kelihatan kumpulan pelajar dengan agak ramai memulakan perhimpunan mereka di jalan masuk UKM. Mereka memulakan tunjuk perasaan.  Saya berbisik dalam hati, "Waa adakah peristiwa 1970an kembali tercetus di UKM?". Usaha menghalang kemaraan pelajar yang semakin ramai dilakukan oleh pasukan keselamatan UKM.  Pagar manusia dibina namun dapat dirempuh. Ak