Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 22, 2018

Gerhana Bulan Penuh Pada 28 Julai 2018

Video dirakam dan disunting oleh Abd Raai Osman 

Saya Bukan Jurufoto Lagi | Setelah 100 Hari Bersara

Imej
Di perkampungan nelayan yang dibangunkan oleh bintang filem terkenal Jackie Chan Hari ini telah 100 hari saya bersara. Namun ia bagaikan satu pencutian yang panjang. Namun oleh kerana saya telah meletakkan diri ini pada mood bersara sejak dua tahun dulu maka fobia bersara tidak terasa oleh saya. Menariknya tarikh persaraan saya ada tiga peristiwa yang berturutan. Sebulan sebelum hari persaraan saya telah mengadakan majlis perkahwinan puteri sulong. Sebulan selepas bersara umat Islam menyambut bulan Ramadan dengan berpuasa. Dua bulan selepas bersara kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Justeru, saya tidak terasa sunyi walaupun telah hilang ribuan rakan-rakan dari UKM. Paling tenteram pada bulan Ramadan ini saya boleh berpuasa dan bertarawih dengan tenteram. Agak melegakan saya ialah tekanan darah saya turun. Ini yang membuat saya bersyukur. Apa yang saya buat selepas bersara? Banyak....kebetulan isteri saya juga sama-sama bersara dan kami sambung berbulan madu!

Tsunami Di Aceh: Jiwa Yang Hilang Dan Semangat Yang Ada

Imej
Tanggal 26 Disember 2004 saya berada di Segamat Johor. Ketika itu ibu mertua saya sedang nazak dan kembali ke Rahmatolah sekitar jam 3.00 petang.  Pada sebelah malam jenazah ibu mertua saya dibawa balik ke Muar untuk dikebumikan. Pada 27 Disember 2004 ketika saya sedang menguruskan pengkebumian ibu mertua, terdengar sepupu isteri menceritakan tentang korban ombak besar di Aceh begitu ramai. Pada sebelah petang saya keluar ke bandar Muar mencari akhbar hari itu. Akhbar yang masih ada ialah surat khabar berbahasa Cina dan Inggeris. Baru saya tahu duduk perkara.  Banda Aceh telah  dilanda Tsunami. Namun hanya berita tetapi tidak gambar yang ditunjukkan. Sejak hari itu saya dan semua orang mengikuti dari semasa ke semasa berita-berita dari saluran TV dan akhbar tempatan. Dunia bersedih.   Selang beberapa minggu selepas itu saya diminta membantu oleh sebuah agensi kerajaan Malaysia untuk mengajar ilmu fotografi kerana mereka hendak menghantar anggotanya ke Aceh dalam m

Tsunami Di Aceh: Bangun Dengan Air Mata

Imej
Ketika kenderaan ustaz Abdullah menyusuri Banda Aceh, tuan Haji Razak Hussin bertanya kepada saya "macam mana En Raai Aceh...bagus?". Jawab saya ringkas, cantik macam pergi Langkawi dan Kelantan. "Sudah tentu Aceh Serambi Mekah" sambung Haji Razak. Dalam beberapa tulisan selepas Tsunami ada dikaitkan kejadian ombak besar berlaku akibat perbuatan penduduknya yang mengabaikan Allah. Dalam Utusan Malaysia 14 Januari 2005 telah merungkaikan beberapa ulasan mengenai perkara ini: Salah satu pantai yang menerima gelombang besar Tsunami 2004. Bayangkan ombaknya ketika Tsunami sedangkan waktu biasa pun ombaknya besar. Ulama Aceh bergelut betulkan khurafat Oleh Zulkiflee Bakar (Di Banda Aceh, Indonesia) Walaupun bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Aceh sudah memasuki hampir 20 hari, namun di kalangan penduduk wilayah itu yang majoritinya beragama Islam, persoalan kenapa Aceh dilanda bencana yang begitu dahsyat masih lagi menjadi perbualan. Mal

Tsunami Di Aceh: Jasa Insan Yang Tidak Di Dendang

Imej
Ketika Tsunami berlaku pada 26 Disember 2004 sebenarnya ramai yang menjadi hero tanpa didendang (Unsong Hero). Namun tidak semua dapat ditampilkan kerana agak ramai.  Antara yang saya sempat temui ialah ustaz Abdullah. Seperti pada siri yang lepas, saya sudah ceritakan siapa ustaz Abdullah yang masih ada kerana Allah menyambungkan hayatnya dengan membawa ke Malaysia kerana ketika itu sedang terlibat dalam satu kursus di Sungai Buloh, Selangor. Ustaz Abdullah (kiri) Ramai sebenarnya yang hilang keturunan ketika itu. Ustaz sendiri kehilangan lebih seratus orang ahli keluarganya. Allahhuakbar.😥Kerana Allah memanjangkan usia ustaz maka kini beliau antara orang menjadi pengusaha Rumah Anak-Anak Yatim    Sri Alain Banda Aceh.  Ibu Yusmarati yang ditemui di rumahnya Ketika dibangunkan rumah anak-anak yatim ini, ada seorang insan yang menjadi penyambung tempat berteduh dan pemberi kasih sayang kepada anak-anak malang ini. Beliau yang saya maksudkan ialah ibu Yusm

Tsunami Di Aceh: Di Mana Rahmat

Imej
Ketika hendak bermusafir ke Kuala Lumpur, ustaz Abdullah dipertemukan dengan anak lelaki bernama Rahmat di Medan. Rahmat keseorangan. "Ustaz, ambil anak ini dan bawa balik ke Aceh. Anak Tsunami yang tiada ibu ayah lagi", kata seorang lelaki kepada ustaz Abdullah. Ustaz tidak terus bawa balik tetapi untuk memastikan budak lelaki itu beliau membuat beberapa pengecapan dengan bercakap bahasa Aceh, tanya tempat asalnya di Aceh. Setelah semua soalan berjaya dijawab maka ustaz meminta sahabatnya mengambil anak itu dibawa balik ke Aceh. Rumah anak-anak yatim yang diusahkan oleh ustaz Abdullah Ustaz Abdullah (tengah) bersama-sama dua orang tetamunya dari Malaysia berada di bahagian atas rumah anak-anak yatim yang telah siap hampir 90%.. Rahmat memberitahu bahawa dia bawa ke Medan oleh satu kumpulan menaiki helikopter. Ramai katanya. Mungkin dengan hasrat untuk menyelamat anak-anak yatim ini setelah terpisah dari ibu ayah mereka. Tetapi ustaz Abdullah berfikir jauh

Tsunami Di Aceh: Allah Memilih Mereka

Imej
Banyak kisah korban tsunami 13 tahun 7 bulan dulu telah diceritakan oleh penulisan di mana-mana. Namun kisah-kisah yang saya ingin ketengahkan adalah cerita lisan yang diperolehi ketika ke Aceh pada 20-22 Jun 2018. Masa yang singkat namun saya mengambil peluang yang terbaik. Saya ke Aceh bukan mengikut pekej pelancongan tetapi misi bantuan rumah anak-anak yatim.  Misi ini memberi kesan yang menarik kerana saya berasal dari seorang anak yatim 49 tahun dahulu setelah kematian ayah tahun 1969. Justeru derita seorang anak bukan pengalaman orang tetapi saya rasai sendiri 😢  26 Disember 2004 penduduk Banda Aceh gempar dengan ombak besar yang akhirnya di kenali sebagai Tsunami. { Rujuk Aceh di sini: Sila klik } Banyak versi kisah Tsunami. Banyak berita tentang Tsunami selepas itu. Namun menurut puan Norhayati salah seorang mangsa ada juga cerita tentang Tsunami ditokok tambah oleh media. Logiknya ada kerana semua yang menulis bukanlah mangsa yang sebenar. Masjid Ar Rahman keti