Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 15, 2018

Tsunami Di Aceh: Allah Telah Tentukan Takdirnya

Imej
Puan Norhayati dan suaminya P uan Norhayati keluar membeli barang di pasar. Suaminya Mohamad Irwan sedang bertugas sewaktu itu. Dikabarkan ombak besar melanda kampungnya. Secara spontan puan Norhayati teringat anak lelakinya sedang tidur. Beliau pulang segera. Tepat seperti perkhabaran air laut sedang mengganas dengan melanda semua rumah yang ada. Jam waktu itu sekitar 8.30 pagi. Allahhuakbar....dia cemas dan menuju ke bahagian atas rumahnya untuk menyelamatkan diri. Ombak semakin ganas. Puan Norhayati melihat dengan matanya sendiri orang-orang kampungnya tewas dilambung oleh ombak. Tubuh-tubuh mereka tenggelam timbul. Banyak tubuh yang tewas dan terkorban di celah-celah rumah dan pokok-pokok. Di hadapan rumahnya terdapat rumah adiknya. Keluarga adik juga menyelamatkan diri ke bahagian atas rumah. Air semakin tinggi. Mereka hampir lemas kerana air laut hampir mencecah paras hidung! Tidak semena-mena muncul sebuah kapal besar bergerak menerjah rumah-rumah penduduk d