Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2018

Masih Kisah Bilik LG104

Masih ingat kisah Bilik LG104 yang saya tulis sebelum ini? ( Baca kat sini sila klik ) Yang mesti semua orang akan ingat misteri bilik itu. Ah, semua bilik ada misterikan? Kali ini saya bukan nak cerita misteri. Tak semua orang suka cerita misteri. LG104 menyimpan banyak kisah suka duka saya.Mana taknya, 104 adalah dunia saya selama 27 tahun di Fakulti Sains. Saya masuk kat situ tahun 1982. Mas tu bangunan sains masih baru berpindah dari kampus sementara UKM di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Bos saya Prof Dr Mohamad Omar suka duduk kat Lower Ground walaupun beliau ada biliknya di aras tiga. Bila pindah ke Bangi, Masa tu bangunan Dewan Anuar Mahmud belum siap dibina. begita juga bangunan Fakulti Pengurusan Ekonomi belum siap juga. Penamat jalan dari luar ialah dekat Taman Paku Pakis. Tahun 1982 bila berpindah ke Bangi semua staff UKM tak berapa selesa. Maklumlah dari bandar besar kena tinggal kat pekan kecil Bangi yang belum membangun. Kajang? perghhh macam bandar koboi. T