Catatan

Tunjukkan catatan dari April 15, 2018

Selamat Tinggal Semua

Imej
Esok 17 April 2018 saya akan menyambut ulangtahun kelahiran ke-60. Hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mahu tidak mahu saya terpaksa tinggalkan UKM tepat jam 5 petang ini. Berada di UKM untuk tempuh 38 tahun 5 bulan 11 hari bukanlah satu perkara yang mudah dilupakan. UKM mendewasakan saya. UKM juga mematangkan saya walaupun berada di sini bukan untuk mengambil apa-apa pengajian. Namun pada tempuh yang lama begini telah mencorakkan saya sebagai insan luar biasa. Saya melihat perkembangan UKM di depan mata. Dari sebuah kampus sementara di Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur dan Jalan Universiti Seksyen 16 ke Bangi. Kita UKM menjadi universiti tersohor di Malaysia dan antarabangsa. Bertugas sebagai Jurufoto sejak tahun 1979 memberi peluang kepada saya ke serata negeri di Malaysia dan keluar negara, antaranya Singapura, Brunei, Kemboja dan Indonesia. Peluang ini telah saya ambil untuk melihat negara orang. Menjadi staff P