Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 14, 2018

Penghargaan Di Awal Tahun 2018

Imej
“Saya orang kecil. Apabila menerima pingat PJK dari DYMM Yang DiPertuan Negeri Sembilan hari terasa amat besar anugerah ini. Pergorbanan selama ini bersama hutan, laut bergelora, manusia yang beremosi, manusia yang bergembira membuatkan saya lupa kesusahan ini. Melihat dan mengetahui masalah pelajar yang hanya makan mi segera. Menasihat pelajar yang ponteng kelas partime saya kerana masalah keluarga. Ada pelajar yang kecewa apabila saya bagi markah rendah kerana kegagalan hadi r kelas yang saya ajar secara sambilan di UKM. Segala-galanya terubat walaupun ada waktunya isteri kena tunggu hingga jam 3 pagi baru saya balik. 39 tahun bersama.UKM bukan satu masa yang singkat. Ada waktunya saya harus ke hospital melihat ibu kena Leukimia. Menjaga isteri kat wad sambil tugasan yang harus ditunaikan. Saya pernah jatuh dalam kerjaya namun dibangkitkan semula oleh Tan Sri Zakri. Lemah tanpa semangat namun bangkit semula dengan nasihat Prof Dato Nasir Salehudin. Hari ini saya bang