Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 9, 2017

Seronokkah Anda Dengan Facebook?

Imej
Saya sudah bosan dengan Facebook (FB). Mungkin itulah resam manusia macam saya bila telah lama berada di FB sejak 2009. Di awal pembabitan saya di alam FB terasa amat seronok maka hingga kini saya telah ada lebih tiga ribu rakan. Malah rakan yang sudah meninggal dunia masih menjadi rakan saya. Kadang-kadang terasa pilu melihat ada orang menghantar ucapan ulang tahun kelahiran, sedangkan rakan itu telah meninggal dunia. Kenapa saya amat mudah menerima permintaan menjadi rakan FB? Mudah saja ia adalah kerana atas keinginan untuk berkawan. Malah ada jauh dari itu kerana saya seorang karyawan foto yang beranggapan mereka ingin berkongsi perkara yang ada kaitan dengan fotografi. Namun harus diberitahu, saya mempunyai prinsip dalam mengekalkan mereka dalam senarai rakan FB. Misalnya jika mereka ikhlas saya akan terus membiarkan sebagai senarai rakan. Namun jika sebaliknya saya akan menyahkan mereka malah akan terus menghalang  dari senarai rakan. Zalimkan? Saya bukan sombon