Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 4, 2017

Rahsia Al Quran

Imej
Abang ipar saya Ahmad bin Jamil orang biasa sahaja. Dulu dia bekerja buruh di ladang kelapa sawit. Sebelum bersara dia jadi mandur. Sebelum berpindah ke Kluang Johor dia seorang penoreh getah. Kerana desakkan hidup dia berpindah dan membawa kakak saya dan anak-anaknya. Minat abang Mad kepada Al Quran berputik sejak muda lagi. Ketika nama Haji Abdul Ghani Abdullah terkenal sebagai johan Qari Malaysia. Haji Abdul Ghani merupakan sepupu abang Mad. Abang Mad sering mengaji ikut kaset atau piring hitam. Bacaan Haji Abdul Ghani dan Haji Ismail Hashim adalah ikutan beliau. Ketika menetap di Kluang abang Mad banyak mengikuti kelas membaca Al Quran dengan Qari di sana. Bacaan abang semakin baik. Setelah bersara dari kerja estet kelapa sawit, abang Mad diberi tanggung jawab menjadi bilal dan guru mengajar Al Quran di sebuah estet di Kluang. Lumayan juga gaji yang beliau perolehi. Selepas mencapai usia 65 tahun abang Mad tak boleh bekerja lagi. Rezekinya tetap ada. Ilmu pengajian Al Q

Ismail Ibrahim yang saya kenal

Imej
Saya mengenali Haji Ismail Ibrahim (Mail) ketika beliau bertugas di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar tahun 80an. Masa tu Mail ni belum lagi berjawatan Jurufoto. Kemudian Mail naik pangkat Jurufoto gred B17 pada 7 Mei 1994 dan ditempatkan di Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM (PTP). Haji Mail (tengah) Rezekinya murah selepas itu Mail naik pangkat B27 pada tahun 2003. Walaupun pada waktu itu ramai yang datang temuduga termasuk saya rezeki menyebelahi Mail. Mail meneraju Unit Foto Penerbit selepas itu setelah ditukar nama dari PTP. Jawatan itu kosong setelah bersaranya abang Fadil.  Pada tahun 2007 saya berpindah ke Penerbit dan bertugas bersama-sama dengan Mail. Maka bermulalah siri kehidupan saya secara akrab dengan Mail yang serba boleh. Ketika di Penerbit UKM saya Mail banyak mengatur program kursus fotografi untuk staff UKM dan pihak luar. Mail ni rajin cari peluang. Dapatlah kami membimbing pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak FELDA. Mai