Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 28, 2017

Jangan Tinggalkan Puasa Ye.......

Imej
Sejak tahun 2015  bersamaan 1436 hijrah telah mengubah kehidupan saya sebagai seorang lebih insaf tentang kehidupan ini. 1 Ramadhan 1436 bersamaan 18 Jun 2015 saya dibawa masuk ke bilik bedah Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM-PPUKM) dan dibius untuk tempoh enam jam.. Boleh baca kisah seterusnya di sini  Ketika Saya Sakit . Selepas itu saya tidak berpuasa selama 21 hari sepanjang bulan Ramadhan. Hanya dapat berpuasa 8 hari sahaja. Saya perlukan air sepanjang masa kerana air kencing saya masih bercampur dengan darah dan badan masih lemah. Saya tinggalkan bersolat Terawikh sepanjang bulan itu. Saya menangis sepanjang masa tetapi tiada siapa yang tahu. Saya tidak mahu orang lain nampak termasuk isteri dan anak-anak. Tiada selera makan. Berat badan turun sebanyak 15kg. Isteri  menyediakan bubur nasi untuk saya. Itu saja yang dapat mengisi perut saya. Sedangkan air diperlukan untuk menyuci Buah Pinggang saya yang masih terdapat darah. Terus terang saya katakan kemurungan  telah