Catatan

Tunjukkan catatan dari April 30, 2017

Ketika Bonda dan Ayahanda kembali ke Rahmatollah

Imej
Imeg: homefamilysite Kita mungkin tidak pernah menyerapkan satu perasaan kenapa ustaz-ustaz sering kali menyarankan anak menjadi imam ketika ibu atau ayah meninggal dunia. Begitu juga kita mungkin tidak pernah terfikir untuk menghayati cara-cara memandikan jenazah, terutamanya jenazah itu ibu atau ayah kita. Tanyalah kepada ustaz-ustaz apa yang mereka rasai ketika pertama kali melakukannya. Mungkin mereka tidak merasai apa-apa jika telah berpuluh atau beratus jenazah yang telah dimandikan atau di solatkan sebagai imam. Secara jujurnya saya ingin mengajak anda mempelajari kaedah memandikan, mengkafankan dan menjadi imam solat jenazah. Pergilah ke mana-mana kursus yang dianjurkan oleh masjid, surau, jabatan tempat kerja bagi mengetahui selok belok pengendalian jenazah. Tidak kira anda lelaki atau wanita bagi saya ilmu ini perlu dipelajari. Ibu kita tanpa memikirkan kesakitan yang teramat sangat untuk melahirkan kita. Ada ayah yang mampu membersih dan menanam uri hasil ke

Daripada Allah Dia Datang Kepada Allah Dia Kembali

Imej
Allahyarham ketika menziarahi saya pada tahun 2015 di hospital Idham Zakaria akan menyambut ulangtahun kelahirannya 2 Mei 2017 kali ke-40. Semalam 29 April 2017 Allah telah menjemput Idham kembali ke pangkuan-Nya ketika berada di Janda Baik, Pahang. Balu Allahyarham memberitahu Idham di serang masalah jantung dan terus meninggal. Meninggalkan dua anak yang masih kecil. Idham adalah mantan Pegawai Penerbitan di Pusat Komunikasi Korporat UKM dan menamatkan perkhidmatan dengan kehendaknya sendiri tahun lepas. Di UKM arwah diberi tanggungjawab membangunkan Web TV bagi tujuan mempromosikan UKM. Dalam usia yang masih muda, Idham mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyiaran. Pernah berkhidmat di TV3, Astro. Antara rancangan yang terkenal yang pernah diterbitkan Allahyarham ialah Akademi Fantasia pada siri-siri awal. Maka dengan pengalaman itu membuatkan dia dibawa ke UKM. Usaha UKM melibatkan industri luar dengan kepakaran penyiaran telah berjaya. Allahyarham me