Catatan

Tunjukkan catatan dari April 16, 2017

Cikgu Lah telah pergi meninggalkan kita

Imej
Cikgu Lah telah kembali ke Rahmatollah jam 6.15 petang 20 April 2017 di Hospital Besar Pulau Pinang yang dipercayai akibat komplikasi jantung. Abdullah Ahmad pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Sik Kedah sekitar tahun 70an dan bersara sebagai Pegawai Pendidikan dan menetap di Batu Uban Pulau Pinang. Cikgu Lah terkenal sebagai guru disiplin dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya jadi rapat dengan beliau kerana menjadi pengawas sekolah. Arwah memang tegas tapi ketika itu murid lebih gemar menyebut garang. Era teknologi IT menemukan kembali Cikgu Lah dengan ramai anak muridnya. Saya dapat berjumpa dengan beliau tiga kali. Pertama di rumah puterinya di Kajang, kedua saya dan keluarga ke rumah beliau. Kali terakhir di majlis reunion sekolah yang diadakan di Sungai Petani. Diusia persaraannya Cikgu Lah kembali rapat dengan bekas anak-anak muridnya. Malah beliau amat mesra dengan kami walhal ketika  bersekolah dulu kami begitu hormat dan takut dengan Cikgu Lah. Arw