Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Daripada Allah Dia Datang Kepada Allah Dia Kembali

Imej
Allahyarham ketika menziarahi saya pada tahun 2015 di hospital Idham Zakaria akan menyambut ulangtahun kelahirannya 2 Mei 2017 kali ke-40. Semalam 29 April 2017 Allah telah menjemput Idham kembali ke pangkuan-Nya ketika berada di Janda Baik, Pahang. Balu Allahyarham memberitahu Idham di serang masalah jantung dan terus meninggal. Meninggalkan dua anak yang masih kecil. Idham adalah mantan Pegawai Penerbitan di Pusat Komunikasi Korporat UKM dan menamatkan perkhidmatan dengan kehendaknya sendiri tahun lepas. Di UKM arwah diberi tanggungjawab membangunkan Web TV bagi tujuan mempromosikan UKM. Dalam usia yang masih muda, Idham mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyiaran. Pernah berkhidmat di TV3, Astro. Antara rancangan yang terkenal yang pernah diterbitkan Allahyarham ialah Akademi Fantasia pada siri-siri awal. Maka dengan pengalaman itu membuatkan dia dibawa ke UKM. Usaha UKM melibatkan industri luar dengan kepakaran penyiaran telah berjaya. Allahyarham me

Cikgu Lah telah pergi meninggalkan kita

Imej
Cikgu Lah telah kembali ke Rahmatollah jam 6.15 petang 20 April 2017 di Hospital Besar Pulau Pinang yang dipercayai akibat komplikasi jantung. Abdullah Ahmad pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Sik Kedah sekitar tahun 70an dan bersara sebagai Pegawai Pendidikan dan menetap di Batu Uban Pulau Pinang. Cikgu Lah terkenal sebagai guru disiplin dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya jadi rapat dengan beliau kerana menjadi pengawas sekolah. Arwah memang tegas tapi ketika itu murid lebih gemar menyebut garang. Era teknologi IT menemukan kembali Cikgu Lah dengan ramai anak muridnya. Saya dapat berjumpa dengan beliau tiga kali. Pertama di rumah puterinya di Kajang, kedua saya dan keluarga ke rumah beliau. Kali terakhir di majlis reunion sekolah yang diadakan di Sungai Petani. Diusia persaraannya Cikgu Lah kembali rapat dengan bekas anak-anak muridnya. Malah beliau amat mesra dengan kami walhal ketika  bersekolah dulu kami begitu hormat dan takut dengan Cikgu Lah. Arw

Setelah hampir setahun: Kenangan di Tanah Suci, rindunya

Imej
Ahli rombongan  Mina, Mekah Masjid Qiblatain, Madinah Menara jam di Mekah Menara jam di Mekah Arafah, Mekah Jabal Nur Mekkah Jabal Nur Mekkah

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah

Imej
Ketika saya merakam gambar ini tidak apa yang dikisahkan oleh Mutawif. Saya tertarik dengan seni kejuruteraannya. Malah saya ada berkata jika hendak membina bangunan di atas bukit berbatu kenalah belajar daripada Jurutera arab.  Di atas bukit itu kini telah berdiri sebuah komplek istana milik Kerajaan Arab Saudi yang diberi nama Kingdom Palace.