Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Bilik LG104

Imej
Bilik LG104 mempunyai kisah tersendiri dalam sejarah kerjaya saya di UKM. Bilik LG104 adalah tempat saya mencari ilham dan rezeki sejak berpindah ke UKM Bangi pada April 1982 dari Jalan Universiti, Sekyen 16 Petaling Jaya, kampus sementara UKM. Saya berada di Bilik LG104 hingga Julai 2007 setelah naik pangkat di Penerbit UKM.  Kamarul yang menggantikan tempat saya pernah berkata, "berani abang Raai duduk kat situ sorang-sorang?", saya hanya tersenyum. Kerana pada saya ia adalah satu tanggungjawab yang besar sewaktu berada di Bilik LG104. Di situlah Bilik Gelap saya memproses filem dan gambar ketika era fotografi analog. Bilik LG104 jugalah adanya studio tempat saya merakam gambar semua hasil penyelidikan pelajar dan pensyarah.  Kata Kamarul ada orang nampak budak kecil berlari-lari kat kawasan itu, Hahah, tak pernah pula saya terjumpa budah-budak itu. "Abang tak pernah jumpa ke?". Saya masih mampu tersenyum bila kisah itu disampaikan oleh Kamarul. Di ma

Warkah Dari Hospital 1

Imej
Catatan 1: Ibadat dan doa Sekadar perkongsian betapa hampirnya Allah dengan hamba yang beribadat dan berdoa. Ketika saya dijangkiti kuman dan demam selama seminggu antibiotik telah diberikan oleh Doktor. Antibiotik paling kuat hinggakan cirit birit. Kesempatan diberikan oleh Allah ketika di wad saya mampu bangun solat 5 waktu dan solat sunat Tahajut, Taubat, Hajat, Witir. Disamping itu saya sering amalkan zikir Laila Hailahailla Anta Subhanakainniminalzolimin. Dikatakan jika diizinkan-Nya kita sembuh, sembuhlah. Sekiranya kita mati Allah akan ampunkan dosa.....Insyaallah.. Ada pesakit bukan Islam terkejut kerana genap seminggu, doktor benarkan saya pulang. "Cepat awak boleh balik". Saya hanya tersenyum tetapi dalam hati bersyukur kerana Allah sembuhkan saya. Inilah keutamaan solat, doa, zikir. Catatan 2: Hikmah maaf dan membayar hutang. 12 tengahmalam ketika saya bangun untuk ke bilik air wad (?) HCTM kelihatan satu keluarga sedang berk

Ceramah Terkini Daripada Saya

Imej

Allah Masih Menguji Saya.......

......... Saya keciwa? Oh tidak.....saya tidak keciwa dan lemah semangat. Saya masih boleh bangun dan meneruskan kerjaya sebagai Jurufoto di UKM hingga April 2018! Kenapa saya harus keciwa, bukankah penyakit itu pemberian |Allah kepada saya. Allah tidak menghukum saya. Tetapi saya yakin Allah sayangkan saya dan hambanya. Saya bersyukur dengan anugerah penyakit ini membolehkan saya memohon ampun kepada-Nya. Saya masih mampu bertemu sesiapa saja untuk memohon ampun dan maaf....... Sila baca di..... Allah masih menguji saya.......

Penghargaan Buat Saya Di Majlis Konvokesyen UKM Ke-45 2017.

Imej
Ketika bertugas di Majlis Konvokesyen UKM Ke-45 2017 hati saya tersentuh apabila Naib Canselor UKM  YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali  telah berbicara ringkas mengenai saya yang akan bersara tahun depan. Agak sentimental apabila beliau memeluk saya setelah memakai jubah rasmi Naib Canselor di bilik VIP.  Tidak habis di situ, beliau memanggil saya mengadap  Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz  Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sbelum sdiang ketujuh Majlis Konvokesyen itu. Apa yang lebih menarik dan terkejut saya dalam ucapannya Tan Sri telah memberi penghargaan buat diri saya dan penduduk daerah Sik dalam satu majlis yang gemilang itu. Sila ihat video ini:   https://www.youtube.com/watch?v=bGlMqwoIBog

Cara Jaga Kamera

Sila klik  dan tonton video

Seronokkah Anda Dengan Facebook?

Imej
Saya sudah bosan dengan Facebook (FB). Mungkin itulah resam manusia macam saya bila telah lama berada di FB sejak 2009. Di awal pembabitan saya di alam FB terasa amat seronok maka hingga kini saya telah ada lebih tiga ribu rakan. Malah rakan yang sudah meninggal dunia masih menjadi rakan saya. Kadang-kadang terasa pilu melihat ada orang menghantar ucapan ulang tahun kelahiran, sedangkan rakan itu telah meninggal dunia. Kenapa saya amat mudah menerima permintaan menjadi rakan FB? Mudah saja ia adalah kerana atas keinginan untuk berkawan. Malah ada jauh dari itu kerana saya seorang karyawan foto yang beranggapan mereka ingin berkongsi perkara yang ada kaitan dengan fotografi. Namun harus diberitahu, saya mempunyai prinsip dalam mengekalkan mereka dalam senarai rakan FB. Misalnya jika mereka ikhlas saya akan terus membiarkan sebagai senarai rakan. Namun jika sebaliknya saya akan menyahkan mereka malah akan terus menghalang  dari senarai rakan. Zalimkan? Saya bukan sombon

Rencana saya di Utusan Online

Sila lihat di  Fotografi dulu dan sekarang

Mari renungkan

Banyak kes jenayah samasa musim raya: Kes-kes melibatkan kereta. Curi tayar. Pecah kereta. Potong saluran air injin. Pecah rumah Samun semasa di mesin ATM. Samun di kedai emas. Penipuan datang beraya. AWASI DIRI ANDA SEPANJANG MASA. Banyak kes masuk hospital: Sebab terlebih makan bergula Sebab banyak makan daging Banyak makan makanan berlemsk. Banyak kes sentap: Gaji lewat. Bonus tak dapat. Yang dapat tu bersyukur laaa Kena balik kampung mertua. Kereta baru JPJ belum lulus. Tak dapat cuti Puasa tak habis.....yang wanita rela je....Kalau nak penuh masa mak ngandung dulu minta ayah mengusahakan benih jadi lelaki😄 Yang harus kita insaf: Ramadhan dah pergi. Jangan terlalu bergembira. Buat puasa 6 Syawal Ganti puasa segera. Cepat bayar zakat fitrah sebelum hari raya. Bayar zakat harta dan zakat pendapatan Perbanyakkan sedekah Sebenar kita sering lebihkan raya jika dibandingkan dengan berpuasa Antara yang sunat dilakukan ketika nak bermusafir: Berma

Rahsia Al Quran

Imej
Abang ipar saya Ahmad bin Jamil orang biasa sahaja. Dulu dia bekerja buruh di ladang kelapa sawit. Sebelum bersara dia jadi mandur. Sebelum berpindah ke Kluang Johor dia seorang penoreh getah. Kerana desakkan hidup dia berpindah dan membawa kakak saya dan anak-anaknya. Minat abang Mad kepada Al Quran berputik sejak muda lagi. Ketika nama Haji Abdul Ghani Abdullah terkenal sebagai johan Qari Malaysia. Haji Abdul Ghani merupakan sepupu abang Mad. Abang Mad sering mengaji ikut kaset atau piring hitam. Bacaan Haji Abdul Ghani dan Haji Ismail Hashim adalah ikutan beliau. Ketika menetap di Kluang abang Mad banyak mengikuti kelas membaca Al Quran dengan Qari di sana. Bacaan abang semakin baik. Setelah bersara dari kerja estet kelapa sawit, abang Mad diberi tanggung jawab menjadi bilal dan guru mengajar Al Quran di sebuah estet di Kluang. Lumayan juga gaji yang beliau perolehi. Selepas mencapai usia 65 tahun abang Mad tak boleh bekerja lagi. Rezekinya tetap ada. Ilmu pengajian Al Q

Ismail Ibrahim yang saya kenal

Imej
Saya mengenali Haji Ismail Ibrahim (Mail) ketika beliau bertugas di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar tahun 80an. Masa tu Mail ni belum lagi berjawatan Jurufoto. Kemudian Mail naik pangkat Jurufoto gred B17 pada 7 Mei 1994 dan ditempatkan di Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM (PTP). Haji Mail (tengah) Rezekinya murah selepas itu Mail naik pangkat B27 pada tahun 2003. Walaupun pada waktu itu ramai yang datang temuduga termasuk saya rezeki menyebelahi Mail. Mail meneraju Unit Foto Penerbit selepas itu setelah ditukar nama dari PTP. Jawatan itu kosong setelah bersaranya abang Fadil.  Pada tahun 2007 saya berpindah ke Penerbit dan bertugas bersama-sama dengan Mail. Maka bermulalah siri kehidupan saya secara akrab dengan Mail yang serba boleh. Ketika di Penerbit UKM saya Mail banyak mengatur program kursus fotografi untuk staff UKM dan pihak luar. Mail ni rajin cari peluang. Dapatlah kami membimbing pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak FELDA. Mai

Jangan Tinggalkan Puasa Ye.......

Imej
Sejak tahun 2015  bersamaan 1436 hijrah telah mengubah kehidupan saya sebagai seorang lebih insaf tentang kehidupan ini. 1 Ramadhan 1436 bersamaan 18 Jun 2015 saya dibawa masuk ke bilik bedah Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM-PPUKM) dan dibius untuk tempoh enam jam.. Boleh baca kisah seterusnya di sini  Ketika Saya Sakit . Selepas itu saya tidak berpuasa selama 21 hari sepanjang bulan Ramadhan. Hanya dapat berpuasa 8 hari sahaja. Saya perlukan air sepanjang masa kerana air kencing saya masih bercampur dengan darah dan badan masih lemah. Saya tinggalkan bersolat Terawikh sepanjang bulan itu. Saya menangis sepanjang masa tetapi tiada siapa yang tahu. Saya tidak mahu orang lain nampak termasuk isteri dan anak-anak. Tiada selera makan. Berat badan turun sebanyak 15kg. Isteri  menyediakan bubur nasi untuk saya. Itu saja yang dapat mengisi perut saya. Sedangkan air diperlukan untuk menyuci Buah Pinggang saya yang masih terdapat darah. Terus terang saya katakan kemurungan  telah

Jangan buat dosa

Ini pendapat saya: Sejak tahun ini banyak info tentang kekotoran buah kurma. Pada hemat saya ini viral yang dicipta oleh pedagang bukan Islam untuk melumpuhkan perniagaan orang Islam. Pastikan sumber yang sah kerana kafir sedang merosakkan umat Islam dengan berbagai cara. Kita dah berpuluh tahun makan kurma. Sedangkan pada tahun 1970 saya makan kurma lagi rendah mutunya. Malahan ketika melawat ladang dan pasar kurma di Madinah kekotoran tidak nampak pun. Tanyalah mereka yang pernah ke sana. Jangan jadi macam negara India yang melarang rakyat beragama Islam membawa balik Air Zam-Zam. Jika nak bawa balik juga mereka rendam kain ikhram dengan air zam-zam. Berhati-hati dengan dakyah orang kafir. CUBA KITA BAYANG JIKA PERNIAGAAN KITA DITOHMAHKAN BEGINI.... RAAI OSMAN

UKM rumah keduaku

Imej
UKM saya kenal namanya menerusi seorang guru, cikgu Yusof yang ditawarkan menuntut sekitar tahun 70an iaitu ketika UKM mula ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Semua anak muridnya berbangga bila dia mengumumkan nak masuk UKM. 1979 saya melangkahkan kaki masuk UKM untuk bertugas sebagai Jurufoto. Bermula dari situ saya telah menjadi seorang perakam sejarah sehingga hari ini. Menjelang sambutan ke-47 penubuhan UKM saya akan mencoretkan beberapa kenangan yang boleh dijadikan ikhbar kepada generasi baru UKM. Lebih-lebih lagi tahun ini adalah tahun terakhir saya berada di UKM sebagai warganya maka sudah tentu terlalu banyak peristiwa pahit manis dalam melihat sebuah universiti awam bangun dan tersohor di mata masyarakat. Ketika saya melaporkan diri di UKM kampus Bangi, keadaan kampusnya tidak seperti sekarang. UKM berada di dalam hutan. Bandar Baru Bangi tidak secanggih sekarang. Kalau sesiapa yang datang dari daerah Baling Grik, Sik, Gua Musang dia mesti berkata  " aah UKM

Ketika Bonda dan Ayahanda kembali ke Rahmatollah

Imej
Imeg: homefamilysite Kita mungkin tidak pernah menyerapkan satu perasaan kenapa ustaz-ustaz sering kali menyarankan anak menjadi imam ketika ibu atau ayah meninggal dunia. Begitu juga kita mungkin tidak pernah terfikir untuk menghayati cara-cara memandikan jenazah, terutamanya jenazah itu ibu atau ayah kita. Tanyalah kepada ustaz-ustaz apa yang mereka rasai ketika pertama kali melakukannya. Mungkin mereka tidak merasai apa-apa jika telah berpuluh atau beratus jenazah yang telah dimandikan atau di solatkan sebagai imam. Secara jujurnya saya ingin mengajak anda mempelajari kaedah memandikan, mengkafankan dan menjadi imam solat jenazah. Pergilah ke mana-mana kursus yang dianjurkan oleh masjid, surau, jabatan tempat kerja bagi mengetahui selok belok pengendalian jenazah. Tidak kira anda lelaki atau wanita bagi saya ilmu ini perlu dipelajari. Ibu kita tanpa memikirkan kesakitan yang teramat sangat untuk melahirkan kita. Ada ayah yang mampu membersih dan menanam uri hasil ke