Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Anugerah Bitara: Satu Anugerah Tertinggi Kepada Saya

Imej
Saya memulakan catatan ini dengan bacaan Al-Fatihah buat arwah ibu yang telah lama kembali menemui Ilahi. Al Fatihah.... 2hb Disember 2016 saya telah menerima satu anugerah yang paling tinggi buat saya. Anugerah Bitara UKM telah diberikan atas penglibatan saya sebagai Jurufoto, Tenaga Pengajar Sambilan sejak 1997. Diikhtiraf oleh pihak luar sebagai penceramah, juri pertandingan fotografi dan banyak lagi. Di hari anugerah saya mewakilkan isteri, Selamah bt Nekman  kerana ketika itu saya berada di Wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (PPUKM).kerana menjalani pembedahan pada 1 Disember. Isteri mewakili saya menerima anugerah ini. Memamglah jika saya sihat pastinya akan hadir ke majlis tersebut. Saya memantau majlis itu jauh menerusi Whatsap dan Facebook. Dengan rasa rendah diri sebenarnya anugerah ini bukan untuk saya seorang walaupun dalam sijil nama saya tertera dengan hebat. Mulanya saya tidak mengisi borang pencalonan. Tetapi Pengarah Pusat Komunikasi Korporat

Kami akan pergi jua

Imej
Semalam saya melangkah masuk bilik Bankuasi untuk menghadiri kursus pasca perkhidmatan. Wau...ramai saya melihat rakan-rakan bakal pesara mendaftar diri untuk kursus ini. Masing-masing ada yang terkejut..."eh kau dah nak pencen?". "bila nak pencen ni?" "saya option". Itulah antara dialog yang memecah bilik Bankuasi UKM. Anak-anak muda UKM mungkin tidak ramai yang mengenali kami. Kalau kenal pun mungkin antaranya adalah kerana rakan sepejabat yang kerap mereka panggil abang walhalnya kami sebaya ayah mereka. Atau memanggil kakak walhal usia kami sama dengan ibu atau mak saudara mereka. Malah dalam 'posting Facebook' saya ada seorang VIP yang berkata "wau ramainya nak pencen?". Hakikatnya kami akan pencen. Ada yang setahun lagi, ada yang dua bulan lagi. Kami akan pergi meninggalkan bumi UKM yang tercinta. Kami mungkin tidak banyak berjasa kepada anda. Namun ada antara kami adalah penyiram pokok bunga. Ada antara kami juga

Jadilah pesakit yang beriman

Imej
Saya telah menulis agak panjang mengenai tahap kesihatan di  Ya Allah Panjangkan Usiaku . Kali ini saya ingin menulis bagaimana saya menempuh hari-hari sebagai pesakit yang ada kalanya tahap semangat menurun pada paras yang rendah. Hal ini adalah biasa bagi seorang yang mengidap sebarang penyakit. Tambahan jika pesakit itu masih boleh berbual dan memikirkan masa depannya. Ketika kita sakit ramai orang akan datang ziarah. Mereka mencari pahala dan memberi pahala kepada kita.  Jam 12.30 tengahari, 18 Jun 2015 | 1 Ramadan 1436H saya dibawa ke bilik bedah. Keluar semula jam 6.30 petang. Jam 10 pagi tanggal 13 Julai 2016 | 8 Syawal 1437H Saat saya dibawa ke bilik bedah hanya Allah sahaja yang tahu perasaan isteri dan anak-anak melihatnya.  Keluar semula jam 1 petang. Hukum melawat orang sakit adalah fardu kifayah menurut jumhur pendapat ulama. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra maksudnya : “Ada lima Hak seorang Islam keatas or

Catatan Umrah

Insyaallah saya dan keluarga akan mengadakan ibadah Umrah serta ziarah ke Madinah mulai 29 Mei hingga 9 Jun 2016. Saya akan membuat catatan sepanjang Umrah tersebut di laman berikut (sila klik > Umrah dan Ziarah saya bersama keluarga  ). Anda boleh mengikuti siri ini secara lengkap selepas saya balik ke tanahair. Semoga Umrah saya dan keluarga berjalan dengan sempurna dan diterima Allah Subhanahuwataala.

Hari ini UKM berusia 46 tahun

Imej
“Kamu ditempatkan di Fakulti Sains kat Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur” kata kerani yang mendaftarkan nama saya di Pejabat Pendaftar UKM Bangi.Seingat saya nama kerani tu abang Misro. 5 November 1979 saya masuk bilik makmal yang tertera namanya Bilik Gelap. Khalil Alwi (Haji) menyambut saya. Beliau seorang Pembantu Makmal di situ tetapi tugasnya mengambil gambar. Maka jadilah saya seorang kakitangan UKM seperti orang lain yang masuk kerja keluar kerja di kampus sementara di Jalan Universiti Petaling Jaya. Pejabat pentadbiran kami di Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur. Ketika itu kampus tetap UKM telah ada di Bangi. April 1982 kakitangan makmal UKM mula berpindah ke Bangi. Ketika itu Bandar Baru Bangi belum membangun seperti sekarang. Pengangkutan utama ialah bas Sum untuk ke UKM manakala bas Foh Hup jika hendak ke Kuala Lumpur. Kalau cerita pasal sesak dalam bas usah cakaplah. Naik bas ikut tingkat adalah perkara lumrah. Saya bertuah kerana waktu itu dapat berkawan denga

Rencana yang tersiar di Mingguan Malaysia 2 Mei 2016

Imej

Jurufoto adalah muzium bergerak

Imej
Saya baru berbual-bual dengan mantan wartawan sebauh akhbar perdana yang  kini bekerja di Universiti Perguruan  Sultan Idris (UPSI). Setelah saya memperkenalkan diri sebagai Jurufoto, beliau langsung berkata “tahu  tak, Jurufoto ni umpama muzium bergerak?”. Oleh kerana istilah itu  saya dengar untuk pertama kali, lantas saya hanya menggelengkan kepala. “Jurufoto ni hendaklah menyimpan dengan sempurna segala bahan gambar yang pernah dirakam”, sambung rakan  itu dalam slang Kelantannya. Saya menganggukkan kepala tanda setuju seratus peratus. “Jangan dibuang, jangan di5Skan bahan itu. Bahan ini akan menjadi sejarah suatu masa nanti”, tekan beliau. Topik ini ada kesinambungan dengan perbualan saya dengan seorang rakan Jurufoto sebuah akhbar perdana sebelum ini. Beliau juga kesal apabila banyak hasil karyanya tidak disimpan. Bila ada peluang untuk menulis atau mengajar dalam bidang fotografi, bahan berasaskan foto tiada. Gambar tahun 1980 Gambar tahun 1980 Sebagai ora

Dunia Alam Maya: Media Sosial, Blog dan Laman Web

Imej
Sebelum wujud Facebook (FB) saya sudah memiliki laman blog (Blogspot). Laman web pertama saya menggunakan tapak Tripod.com. Kemudian saya memiliki akaun laman web di tapak web UKM, tempat saya bekerja sejak 1979. Apa kepuasan yang saya perolehi? Saya bukan manusia istimewa. Tapi saya mampu mengumpul rakan FB seramai 4141 orang sehingga rencana ini ditulis (6 Febrauari 2016). Manakala halaman FB bernama Raaiman Photo Active mampu menaikkan like   seramai 2155.  Saya mampu menaikkan capaian blogspot kepada 67720 pada 6 Februari 2016. Saya juga mampu memiliki laman web senifoto yang dicapai oleh lebih 10 ribu pelawat.  Kenapa kegilaan ini boleh terjadi. Ia tidak lebih dari satu kepuasan menyebarkan maklumat kepada pelawat. Saya bangun dengan sendiri tanpa sijil dan diploma mahupun ijazah dalam bidang ini. Saya memperolehi ilmu dan pengetahuan dengan mencari sendiri. Ramai rakan membantu. Namun kemahiran ini datang dengan sendiri dan kuasa Allah. Pernah capaian di hal

2015 Telah Pergi

Mahu tak mahu 2015 telah meninggalkan kita! Mahu tak mahu 1436 Hijjah telah meninggalkan kita. Ketika saya menulis catatan ini 2016 telah datang. Ramai yang melambaikan tangan kepada perginya 2015. Tapi ramai tidak melambaikan tangan ketika 1436 pergi buat selama-lamanya. Ketika 1436 meninggalkan kita berapa ramai diantara kita sedih kerana meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak menutup aurat? Kita tidak sedar usia kita kian berkurangan. Umur meningkat tetapi hakikatnya usia kita untuk hidup tinggal tak banyak mana lagi. Dunia kata pergi, kubur kata mari. Itulah hakikatnya. Mahu tak mahu 2015 telah pergi. Mahu tak mahu saya juga mempunyai beberapa peristiwa yang harus direkodkan demi peringatan peribadi bahawa Allah itu sentiasa bersama kita. Kalau peristiwa hitam itulah peringatan daripada Allah. Jika peristiwa manis ia satu anugerah dan wajib melafaz syukur. 17 April-Saya menyambut hari lahir ke-57. Syukur Allah telah memanjangkan usia. 17 Jun - Daftar masuk wad 5