Catatan

Tunjukkan catatan dari November 29, 2015

Rahmat dan kuasa Allah

Telah dua kali terjadi. Namun dengan kuasa Allah semuanya berlalu dengan tenang. Tahun lepas ketika musim konvokesyen UKM abang ipar (suami kakak saya) dimasukkan ke hospital. Kerana tugas, selepas tamat konvokesyen saya bergegas ke Kluang menziarahi abang ipar. Syukur dia kembali sihat. Maklumlah dia seorang wargamas yang pergi menunaikan fardu haji sudah tentu ada kesan pada kesihatannya. Pada asalnya abang ipar masih mahu menangguhkan pemergiannya ke Mekah kerana mengalami masalah tekanan darah rendah. Namun dengan nasihat saya dia akur menempuh apa jua cabaran di tanah suci. Tahun ini sekali lagi sewaktu majlis konvokesyen, saya mendapat khabar biras (adik ipar isteri) jatuh sakit. Doktor mengesahkan dia kena barah paru-paru tahap empat dan juga terdapat ketumbuhan di kepala!  Biras saya begitu rapat dalam hubungan seperti saudara kandung. Kalau balik ke rumah mertua atau kakak ipar kami sering berjemaah bersama samada di rumah atau di masjid. Dia begitu kelakar dan mesr