Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Dia pergi jua

5 November 2015.Ketika saya sedang membuat persiapan majlis perkahwinan puteri saya di Dewan Tun Abdullah Salleh UKM satu panggilan telefon diterima. Nikmat dalam nada sebak memaklumkan "....pakcik, ayah Mail dah tak ada dalam 5 minit tadi...." Jam ditangan menunjukkan pukul 10.57 malam. Selepas meletakkan telefon yang dibuat oleh menantu Ismail (adik ipar isteri saya) saya memejam mata dan membaca Fatihah kepada arwah yang sepatutnya menyambut ulangtahun kelahirannya ke-63 pada 1 Januari 2016 nanti. 5 Disember adalah tarikh kematiannya. Tarikh ini juga saya menerima menantu pertama di sebelah paginya. 6 Disember adalah hari kenduri walimatulurus puteri saya dan tarikh itu juga merupakan hari Ismail disemadikan. Menjadi sejarah juga ia adalah hari berkabung rakyat Johor setelah kemangkatan putera Duli Sultan Johor, YAM Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim Tunku Laksamana Johor. Paling terkesan kematian Ismail kerana mengidap barah paru-paru. Kematian tidak ada siapa

Rahmat dan kuasa Allah

Telah dua kali terjadi. Namun dengan kuasa Allah semuanya berlalu dengan tenang. Tahun lepas ketika musim konvokesyen UKM abang ipar (suami kakak saya) dimasukkan ke hospital. Kerana tugas, selepas tamat konvokesyen saya bergegas ke Kluang menziarahi abang ipar. Syukur dia kembali sihat. Maklumlah dia seorang wargamas yang pergi menunaikan fardu haji sudah tentu ada kesan pada kesihatannya. Pada asalnya abang ipar masih mahu menangguhkan pemergiannya ke Mekah kerana mengalami masalah tekanan darah rendah. Namun dengan nasihat saya dia akur menempuh apa jua cabaran di tanah suci. Tahun ini sekali lagi sewaktu majlis konvokesyen, saya mendapat khabar biras (adik ipar isteri) jatuh sakit. Doktor mengesahkan dia kena barah paru-paru tahap empat dan juga terdapat ketumbuhan di kepala!  Biras saya begitu rapat dalam hubungan seperti saudara kandung. Kalau balik ke rumah mertua atau kakak ipar kami sering berjemaah bersama samada di rumah atau di masjid. Dia begitu kelakar dan mesr

Indonesia...saya datang

Imej
Ketika Pengarah (bos saya) memberitahu perlu ke Jakarta saya tergamam seketika. Cik Ann yang menguruskan jadual kerja berubah air muka sambil berkata " En Raai minta saya kosongkan jadualnya untuk setiap Sabtu dan Ahad....). Namun setelah Pengarah kata pergi Rabu balik Jumaat maka saya kata "Ok saya boleh pergi". Datin faham masalah saya menjelang majlis walimatulurus puteri kedua pada 6 Disember 2015. Baru tiga lepas saya ke Kemboja. Kini harus ke Indonesia khususnya ke Jakarta sebuah kota hebat. Ada apa di sana? Ya..... saya mempunyai misi hebat di sana dengan membawa tugas UKM khasnya dan negara amnya. UKM mengadakan MOU bersama 16 buah institusi pengajian tinggi Indonesia. Rakyat Indonesia memiliki kehebatan yang tersendiri. Maaf jika saya memuji kerana kali pertama kali ke sana inilah yang saya tonton. Mereka memiliki jati diri tersendiri. Tidak mengapa jika anda mengandaikan berbeza daripada saya. Tapi inilah hakikat yang harus saya nukilkan. Saya pergi

Usahawan muslim berjihat di Phnom Penh, Kemboja

Imej
Sepuluh tahun dulu abang beliau ke Phnom Penh kerana mengikuti jemaah Tabligh. Ketika di Phnom Penh untuk mencari makanan halal amat sukar. Setelah pulang ke tanahair mereka sekeluarga berbincang untuk bertapak di Phnom Penh bagi membuka perniagaan penyediaan makanan halal. Akhirnya mereka menjadi antara usahawan Islam yang menyajikan makan makanan halal jika ada orang-orang Islam berkunjung ke Phnom Penh.  Faris sedang berbincang dengan YgBhg Prof Datuk Dr Noor Azlan Dari kiri abang. Kanan adik  Dua anak muda adik beradik ini telah fasih berbahasa Kemboja. Mampu hidup senang di sana. Salah seorang abangnya mempunyai pendidikan dalam bidang perubatan. Menyediakan makanan halal bukan satu perkara yang mudah. Ibu dan ayah mereka perlu ke pasar untuk mencari bahan mentah seperti ayam dan daging. Jika mengharapkan daripada pembekal status halalnya amat sukar. Ada juga bahan mentah seperti gula, garam, Milo, kopi yang diimport dari Malaysia. Ketika saya berada

Tiga hari di Phnom Penh, Kemboja

Imej
Tiga hari berada di Phnom Penh tidak banyak yang boleh saya catatkan. Namun peluang berada di negara orang perlu saya menafaatkan beberapa kisah untuk pengetahuan orang lain. Kemboja ( Bahasa Khmer :, Kampuchea), atau nama rasminya Kerajaan Kemboja ( Bahasa Khmer :, Preăh Réachéanachâk Kâmpŭchéa) dan dahulunya dikenali sebagai Empayar Khmer , adalah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara . Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat daya. Dengan seramai 15 juta penduduk, Kemboja merupakan negara ke-69 paling ramai penduduknya di dunia. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya. Antara kaum minoriti negara Kemboja adalah Vietnam , Cina , Cham , dan 30 suku hulu . [7] Ibu negara dan bandaraya terbesarnya Phnom Penh , iaitu pusat politik, e

Protokol dan Jurufoto

Imej
Kalau mahu bercerita soal etika dan protokol ada waktunya tidak semua orang nak ikut. Katanya yang penting kerja jalan. Namun kalau tidak diikut pasti akan nampak janggal di mata orang lain. Cuba bayangkan kalau kita masuk ke majlis tanpa memikirkan soal pakaian. Orang pakai sempurna kita berpakaian tidak senonoh. Sebab itu ada ketikanya merungut tidak dihormati sedangkan ia berpunca dari sikap kita. Inilah yang terjadi dalam satu majlis. Istiadatnya begitu rapi tetapi tiba-tiba Jurufoto 'menyerang' kawasan tanpa kawalan. Kalau kita hendak merakam gambar dalam apa-apa majlis keperluan alat hendaklah cukup. Sebab tu kalau kita guna lens yang tidak cukup maka akan mengakibatkan berlaku apa yang orang lain tak buat. Kalau mengikut protokol jika VVIP kita harus menggunakan lens yang panjang agar kita tidak menggangu majlis. Sebab tu saya sering menegaskan dalam apa jua kursus keperluan alat amat penting. Jangan guna wide lens pada keadaan yang tidak sesuai. Jangan guna tele l

Harga sebuah kasih sayang

1. Petang itu jiran katil saya seorang lelaki cina berusia sekitar tujuh puluhan. Kecil orangnya. Kerenahnya seperti orang tua lain ketika sakit. Dia cuma meragam nak balik. Sudahlah di tangan dan badannya penuh dengan tiub pada saluran kencing dan buah pinggang. Tapi lasaknya merimaskan. Namun kesabaran nurse memberikan saya satu keinsafan bahawa tugas mereka cukup mencabar. Ketika waktu lawatan petang itu anak-anak berkata bapanya pernah kena stroke sebab tu ingatannya sesekali hilang. Malam itu dia tidur dengan nyenyak tanpa banyak kerenah. Sesekali saya terbangun dapat melihat dia tidur dengan nyenyak. Syukur. 2. Pesakit ini sudah banyak hari berada di Hospital Canselor Tuanku Maukhriz (HCTM). Dia banyak tidur kerana doctor belum membuat keputusan apa sakitnya. Makan kurang selera. Katanya sakit tidak tertahan. Pasukan doctor sering bertemunya. Namun saya tak tahu apa pengakhirannya. Begitulah putaran kehidupan seseorang jika berada di hospital. Sering kali jika sa

Saya dibedah selama enam jam pada 18 Jun 2015

Ilmu Allah cukup besar dan hebat. Apa yang kita dapat dariNya setitis bagaikan titisan air laut. Maha Kaya Allah Yang menghidupkan kita dan mematikan kita. Syukur saya telah menerima satu ujian Allah walaupun kecil. Tapi pakar bedah menidurkan saya sekitar enam jam cukup menginsafkan. Syukur saya di 'hidupkan' selepas enam jam dibius.  Jemput membaca pengalaman ini di> Saya dibedah selama enam jam

Banjir Kelantan 2014

Kelantan bukan tanah tumpah darah saya. Saya tidak mempunyai darah daging di sana. Namun hati saya membuak-buak ingin membantu ketika berita mengatakan Kelantan banjir besar. Ketika bersolat hajat di UK Perdana pada 26 Disember 2014 selepas solat Jumaat, saya gagal menahan air mata sedangkan waktu itu hujan mencurah-curah di luar masjid. Manakala bumi Kelantan sedang dipenuhi dengan air bah. Langit sekitar Kuala Lumpur hingga ke Bangi gelap. Hujan turun 24 jam. Tahukah kita bahawa waktu itu penduduk yang terlibat sedang membawa anak-anak, isteri, ibu mereka ke tempat lebih selamat. Untuk catatan seterusnya sila klik di sini Banjir Di Kelantan 2014