Catatan

Tunjukkan catatan dari November 16, 2014

Inilah yang saya perolehi

Imej
Sering saya katakan, doa kita adalah permintaan agar Allah kabulkan. Namun bagi saya ada waktunya doa Ibu paling khudus yang harus kita fikirkan. Saya pernah menceritakan bahawa pernah gagal dalam temuduga untuk menjadi polis. Pernah ditegah oleh ibu dari menyertai tentera. Mungkin, kalau ibu saya mendengar kisah-kisah ibu-ibu syuhadah pada zaman Rasullah pasti beliau akan membenarkan saya bergadai nyawa menjadi pasukan keselamatan! Tetapi saya tidak kesal....... namun ketentuan Ilahi adalah segala-galanya apabila semasa hayat saya telah mengecapi apa yang saya hajatkan. Saya berpeluang memegang senjata api. Kerana jiwa saya teapa teringin mencuba mencari kelebihan itu, biarpun turget saya bukanlah mengena 100%....    Ketika saya tinggal di kampung empat puluh tahun dulu sering melihat helikopter tentera terbang rendah ketika operasi pengganas komunis di sempadan Malaysia Thailand. Minat untuk menaiki helikopter tetap tersemai. Mengecapi impian itu bukanlah perkara yang muda