Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 8, 2014

KENAPA PERCUMA?:

Ayat sekima yang sering meneroka di benak orang terkejut melihat saya mengadakan kursus fotografi secara percuma sejak akhir-akhir ini. Tidak teras rugi ke mengadakan kursus percuma? Misalnya perlu tanggung bebanan kos perjalanan dengan kereta dan kos tol, tempat tinggal. Kebanyakkan program saya pasti akan membawa keluarga. Kalau mengambil kira bayaran, pastinya saya akan dapat imbuhan yang lumayan! Saya telah mengadakan kursus ini pada Disember 2013 di daerah kesayangan saya Sik Kedah. Sambutannya cukup besar. Peserta yang datang dari seluruh Kedah. Mereka dahagakan ilmu, mereka dahagakan rangkaian kawan dan sahabat. Malahan apabila saya yang hadir dari UKM Bangi dilihat sebagai satu rahmat kepada mereka. Anda tahu? Seorang rakan sanggup mengirimkan sejumlah wang ke akuan saya untuk tujuan jamuan...menitis air mata saya penuh syahdu apabila melihat sejumlah wang begitu besar. Saya mendapat sokongan yang positif apabila pegawai kanan UKM memberi sokongan diatas u