Catatan

Tunjukkan catatan dari April 20, 2014

Mencari Sinar Di Pulau Tioman

Imej
Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini. Memang ada kenderaan yang boleh disewa, tetapi keadaan muka buminya amat mencabar dan adalah elok kita menggunakan pemandu tempatan. Kampung-kampung seperti  Kampung Tekek, Juara, Air Batang,Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Genting, boleh diziarahi tetapi kedudukannya yang berjauhan maka saya mengambil keputusan hanya berada di Kampung Air Batang dan Tekek sahaja untuk tempuh dua hari di situ.  Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang. Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan,