Catatan

Tunjukkan catatan dari April 13, 2014

Petikan Dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak  Dari Portal Berita UKM   Isnin, 14 April 2014 08:37   oleh Abdul Raai bin Osman   foto Abdul Raai bin Osman   MUAR, 5 Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini. Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu. Beliau berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain. Latihan menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota Suksis yang menyertai latihan menembak itu akan m