Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 2, 2014

Petikan dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota PALAPES Mempunyai Kelebihan Antara Semua Pelajar  Selasa, 11 Februari 2014 16:48 Oleh Raai Osman Foto Raai Osman BENTONG, 5 Feb 2014 - Pelajar yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) mempunyai kelebihan dari graduan lain kerana pengalaman ketenteraan yang mereka timba membolehkan mereka cemerlang di mana saja mereka berkhidmat. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berbangga dengan pencapaian mereka ketika melawat khemah latihan Palapes UKM-USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini hari ini. Pelatih itu baru sahaja selesai menjalini latihan tahunan mereka di Mempaga di sini hari ini. Prof Noor Azlan selaku Komandan PALAPES UKM telah melawat kelima-lima khemah latihan enam hari mereka itu yang berakhir hari ini. Khemah-khemah itu menempatkan tiga peringkat anggota kadet UKM–USIM ia itu Peri

Gempur Wira di Mempaga 2014

Imej
Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina. 8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16. Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh. Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan pe