Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Al Quran | Pengakuan Ikhlas Seorang Sahabat

Imej
Pagi tadi saya menulis begini di halaman FaceBook (FB) " Masih teringat kandungan khutbah semalam. Kalau ada org hina Quran, pijak dan membuang di tempat yg tidak sepatutnya semua umat Islam mengamuk. BAGUS kita bertindak mengamuk. Tetapi sedarkah kita bahawa telah lama mengabai Al Quran dengan tidak membaca, tidak menurut hukum yg terkandung di dalamnya. SAYA TERSENTAK! " Memang kandungan khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid UKM menyentuh hati saya. Pada hemat saya setiap kali menjelang sambutan Nuzul Quran di mana-mana masjid akan menyentuh kepentingan membaca, memahami tafsiran, mengamal apa yang terkandung di Al Quran. Kehebatan Al Quran tidak dapat dipertikaikan lagi kerana Ia adalah Mukjizat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulallah SAW. Kerana kehebatannya kalau ada orang yang menghina Al Quran pasti akan dikecam oleh seluruh umat Islam, Alhamdulillah.  Saya masih ingat arwah emak walaupun beliau mampu mengajar saya mengaji Quran, na

Lagu Raya

Malam ini sudah masuk hari ke-17 umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak. Hari Nuzul Quran. Umat Islam akan menyambut Syawal akan tiba.  Manakala  Palestine  terus dibom!  Diantara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa sudah pasti jauh berbeza. Orang yang berpuasa sudah pasti berselera menjamu juadah diwaktu malam. Tapi orang yang tidak berpuasa sudah tentu makannya tidak sempurna kerana perlu makan secara sembunyi-sembunyi. Jadi, jika ada yang masih belum berpuasa maka esok kena puasa! Pastinya dalam masa yang masih berbaki anda akan merasai nikmatnya berpuasa. Tanyalah anak-anak apa yang menarik ketika berpuasa, mereka akan menjawab "makan dan minum". Begitu juga "lagu raya". Cuba dengar dalam bulan Ramadhan tentu sekali lain rasanya. Tidak sama jika anda mendengar diluar bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun saya kurang bersetuju pasaraya memasang lagu-lagu raya diawal Ramadhan seolah lebih mempromosi raya dari puasa. Namun saya ingin meng

Wabak Denggi

Kisah Denggi memang menyeramkan saya. Puteri saya telah mengidap Denggi hampir setahun lalu. Saya ketika itu diganggu resah kerana puteri kedua dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor selama 4 hari 3 malam. Kisah itu telah saya catatkan di < sila klik > Pada hemat saya eloklah kita fikirkan kaedah pencegahan yang mampu dilakukan seperti telah sedia maklum sebelum ini seperti tidur dalam kelambu, sembur racun nyamuk, musnah tempat pebiakan dan sebagainya. Jangan buka pintu dan tingkap sekitar jam 5 petang hingga 8 malam. Jangan keluar rumah ketika hampir malam. Rasullah SAW sendiri dalam hadithnya melarang kita keluar ketika itu kerana ramai makhluk halus berkeliaran. Pastinya makhluk halus itu termasuk nyamuk Aedes! Jangan tidur selepas Asar. Selain dapat penyakit tidak siuman dan lemah fikiran ia juga ada kaitan dengan aktifnya nyamuk Aedes waktu itu. Jangan tidur selepas Subuh. Selain akan dapat penyakit malas, ia juga ada kaitan dengan kegiatan nyamuk Aedes. It

Kanak-Kanak dan Gambar

Imej
Seharusnya saya perlu menulis dalam halaman ini agar semua kita tahu dan menilai apa yang telah dan akan lalukan kepada seorang kanak-kanak. Saya bukan pakar undang-undang. Tetapi sejak bertugas di UKM  dan sering berada di beberapa majlis yang membicarakan soal undang-undang maka saya memahi sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Untuk belajar undang-undang bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi dalam beberapa kes kita boleh memahaminya dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Kanak-kanak adalah sumber kita untuk melegakan tekanan. Sebut sahaja kanak-kanak semua orang suka. Kalau orang sakit sahaja yang kurang berminat pada seorang kanak-kanak. Hinggakan orang kurang siuman pun meminati kanak-kanak. Tetapi tahukah kita ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana tekanan hidup seseorang terutamanya keluarga terdekat. banyak kejadian salah laku sex, salah laku mendidik telah dilakukan oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Maka sejak akhir-akhir ini munc