Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Petikan berita UKM: Khidmat Masyarakat Fotografi di Pulau Pangkor

Imej
Jurufoto UKM Berikan Kursus Fotografi Percuma Kepada Belia Khamis, 26 Jun 2014 16:19 Oleh Shahfizal Musa Foto Ikhwan Hashim PULAU PANGKOR, 16 Jun 2014 – Seramai lebih daripada 30 orang belia dari Perak telah menyertai suatu kursus fotografi percuma yang ditawarkan oleh seorang jurugambar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program percuma itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Perak Tengah (JBS), dengan kerjasama UKM, Majlis Belia Perak Tengah, Persatuan Belia Taman Teknologi Seri Iskandar (PTS) dan Persatuan Alumni Institut Kemahiran Belia Negara Peretak (IKBN) . Ia dikendalikan oleh ketua jurufoto Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UKM Abd Raai Osman. Program itu bertujuan meningkatkan minat belia dalam bidang fotografi dan juga melatih mereka untuk menghasilkan imej yang baik dan berkualiti. Ia dijalankan untuk memberi manfaat kepada belia dan pada masa yang s

KENAPA PERCUMA?:

Ayat sekima yang sering meneroka di benak orang terkejut melihat saya mengadakan kursus fotografi secara percuma sejak akhir-akhir ini. Tidak teras rugi ke mengadakan kursus percuma? Misalnya perlu tanggung bebanan kos perjalanan dengan kereta dan kos tol, tempat tinggal. Kebanyakkan program saya pasti akan membawa keluarga. Kalau mengambil kira bayaran, pastinya saya akan dapat imbuhan yang lumayan! Saya telah mengadakan kursus ini pada Disember 2013 di daerah kesayangan saya Sik Kedah. Sambutannya cukup besar. Peserta yang datang dari seluruh Kedah. Mereka dahagakan ilmu, mereka dahagakan rangkaian kawan dan sahabat. Malahan apabila saya yang hadir dari UKM Bangi dilihat sebagai satu rahmat kepada mereka. Anda tahu? Seorang rakan sanggup mengirimkan sejumlah wang ke akuan saya untuk tujuan jamuan...menitis air mata saya penuh syahdu apabila melihat sejumlah wang begitu besar. Saya mendapat sokongan yang positif apabila pegawai kanan UKM memberi sokongan diatas u