Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Mencari Sinar Di Pulau Tioman

Imej
Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini. Memang ada kenderaan yang boleh disewa, tetapi keadaan muka buminya amat mencabar dan adalah elok kita menggunakan pemandu tempatan. Kampung-kampung seperti  Kampung Tekek, Juara, Air Batang,Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Genting, boleh diziarahi tetapi kedudukannya yang berjauhan maka saya mengambil keputusan hanya berada di Kampung Air Batang dan Tekek sahaja untuk tempuh dua hari di situ.  Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang. Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan,

Petikan Dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak  Dari Portal Berita UKM   Isnin, 14 April 2014 08:37   oleh Abdul Raai bin Osman   foto Abdul Raai bin Osman   MUAR, 5 Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini. Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu. Beliau berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain. Latihan menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota Suksis yang menyertai latihan menembak itu akan m

Petikan Berita Dari eWarga UKM

Imej
Tahniah - Pelantikan Sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 Jurufotografi Kanan di Pusat Komunikasi Korporat UKM, Abd Raai bin Osman telah dilantik sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 bagi dua kategori foto iaitu Foto Cemerlang dan Esei Foto Cemerlang Hadiah Kewartawanan Foto merupakan anugerah yang berprestij anjuran Malaysian Press Institute-PETRONAS.