Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Seminar Foto pada 18 Disember 2014

Imej

Inilah yang saya perolehi

Imej
Sering saya katakan, doa kita adalah permintaan agar Allah kabulkan. Namun bagi saya ada waktunya doa Ibu paling khudus yang harus kita fikirkan. Saya pernah menceritakan bahawa pernah gagal dalam temuduga untuk menjadi polis. Pernah ditegah oleh ibu dari menyertai tentera. Mungkin, kalau ibu saya mendengar kisah-kisah ibu-ibu syuhadah pada zaman Rasullah pasti beliau akan membenarkan saya bergadai nyawa menjadi pasukan keselamatan! Tetapi saya tidak kesal....... namun ketentuan Ilahi adalah segala-galanya apabila semasa hayat saya telah mengecapi apa yang saya hajatkan. Saya berpeluang memegang senjata api. Kerana jiwa saya teapa teringin mencuba mencari kelebihan itu, biarpun turget saya bukanlah mengena 100%....    Ketika saya tinggal di kampung empat puluh tahun dulu sering melihat helikopter tentera terbang rendah ketika operasi pengganas komunis di sempadan Malaysia Thailand. Minat untuk menaiki helikopter tetap tersemai. Mengecapi impian itu bukanlah perkara yang muda

Kursus Fotografi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Kursus Fotografi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Al Quran | Pengakuan Ikhlas Seorang Sahabat

Imej
Pagi tadi saya menulis begini di halaman FaceBook (FB) " Masih teringat kandungan khutbah semalam. Kalau ada org hina Quran, pijak dan membuang di tempat yg tidak sepatutnya semua umat Islam mengamuk. BAGUS kita bertindak mengamuk. Tetapi sedarkah kita bahawa telah lama mengabai Al Quran dengan tidak membaca, tidak menurut hukum yg terkandung di dalamnya. SAYA TERSENTAK! " Memang kandungan khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid UKM menyentuh hati saya. Pada hemat saya setiap kali menjelang sambutan Nuzul Quran di mana-mana masjid akan menyentuh kepentingan membaca, memahami tafsiran, mengamal apa yang terkandung di Al Quran. Kehebatan Al Quran tidak dapat dipertikaikan lagi kerana Ia adalah Mukjizat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulallah SAW. Kerana kehebatannya kalau ada orang yang menghina Al Quran pasti akan dikecam oleh seluruh umat Islam, Alhamdulillah.  Saya masih ingat arwah emak walaupun beliau mampu mengajar saya mengaji Quran, na

Lagu Raya

Malam ini sudah masuk hari ke-17 umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak. Hari Nuzul Quran. Umat Islam akan menyambut Syawal akan tiba.  Manakala  Palestine  terus dibom!  Diantara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa sudah pasti jauh berbeza. Orang yang berpuasa sudah pasti berselera menjamu juadah diwaktu malam. Tapi orang yang tidak berpuasa sudah tentu makannya tidak sempurna kerana perlu makan secara sembunyi-sembunyi. Jadi, jika ada yang masih belum berpuasa maka esok kena puasa! Pastinya dalam masa yang masih berbaki anda akan merasai nikmatnya berpuasa. Tanyalah anak-anak apa yang menarik ketika berpuasa, mereka akan menjawab "makan dan minum". Begitu juga "lagu raya". Cuba dengar dalam bulan Ramadhan tentu sekali lain rasanya. Tidak sama jika anda mendengar diluar bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun saya kurang bersetuju pasaraya memasang lagu-lagu raya diawal Ramadhan seolah lebih mempromosi raya dari puasa. Namun saya ingin meng

Wabak Denggi

Kisah Denggi memang menyeramkan saya. Puteri saya telah mengidap Denggi hampir setahun lalu. Saya ketika itu diganggu resah kerana puteri kedua dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor selama 4 hari 3 malam. Kisah itu telah saya catatkan di < sila klik > Pada hemat saya eloklah kita fikirkan kaedah pencegahan yang mampu dilakukan seperti telah sedia maklum sebelum ini seperti tidur dalam kelambu, sembur racun nyamuk, musnah tempat pebiakan dan sebagainya. Jangan buka pintu dan tingkap sekitar jam 5 petang hingga 8 malam. Jangan keluar rumah ketika hampir malam. Rasullah SAW sendiri dalam hadithnya melarang kita keluar ketika itu kerana ramai makhluk halus berkeliaran. Pastinya makhluk halus itu termasuk nyamuk Aedes! Jangan tidur selepas Asar. Selain dapat penyakit tidak siuman dan lemah fikiran ia juga ada kaitan dengan aktifnya nyamuk Aedes waktu itu. Jangan tidur selepas Subuh. Selain akan dapat penyakit malas, ia juga ada kaitan dengan kegiatan nyamuk Aedes. It

Kanak-Kanak dan Gambar

Imej
Seharusnya saya perlu menulis dalam halaman ini agar semua kita tahu dan menilai apa yang telah dan akan lalukan kepada seorang kanak-kanak. Saya bukan pakar undang-undang. Tetapi sejak bertugas di UKM  dan sering berada di beberapa majlis yang membicarakan soal undang-undang maka saya memahi sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Untuk belajar undang-undang bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi dalam beberapa kes kita boleh memahaminya dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Kanak-kanak adalah sumber kita untuk melegakan tekanan. Sebut sahaja kanak-kanak semua orang suka. Kalau orang sakit sahaja yang kurang berminat pada seorang kanak-kanak. Hinggakan orang kurang siuman pun meminati kanak-kanak. Tetapi tahukah kita ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana tekanan hidup seseorang terutamanya keluarga terdekat. banyak kejadian salah laku sex, salah laku mendidik telah dilakukan oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Maka sejak akhir-akhir ini munc

Petikan berita UKM: Khidmat Masyarakat Fotografi di Pulau Pangkor

Imej
Jurufoto UKM Berikan Kursus Fotografi Percuma Kepada Belia Khamis, 26 Jun 2014 16:19 Oleh Shahfizal Musa Foto Ikhwan Hashim PULAU PANGKOR, 16 Jun 2014 – Seramai lebih daripada 30 orang belia dari Perak telah menyertai suatu kursus fotografi percuma yang ditawarkan oleh seorang jurugambar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program percuma itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Perak Tengah (JBS), dengan kerjasama UKM, Majlis Belia Perak Tengah, Persatuan Belia Taman Teknologi Seri Iskandar (PTS) dan Persatuan Alumni Institut Kemahiran Belia Negara Peretak (IKBN) . Ia dikendalikan oleh ketua jurufoto Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UKM Abd Raai Osman. Program itu bertujuan meningkatkan minat belia dalam bidang fotografi dan juga melatih mereka untuk menghasilkan imej yang baik dan berkualiti. Ia dijalankan untuk memberi manfaat kepada belia dan pada masa yang s

KENAPA PERCUMA?:

Ayat sekima yang sering meneroka di benak orang terkejut melihat saya mengadakan kursus fotografi secara percuma sejak akhir-akhir ini. Tidak teras rugi ke mengadakan kursus percuma? Misalnya perlu tanggung bebanan kos perjalanan dengan kereta dan kos tol, tempat tinggal. Kebanyakkan program saya pasti akan membawa keluarga. Kalau mengambil kira bayaran, pastinya saya akan dapat imbuhan yang lumayan! Saya telah mengadakan kursus ini pada Disember 2013 di daerah kesayangan saya Sik Kedah. Sambutannya cukup besar. Peserta yang datang dari seluruh Kedah. Mereka dahagakan ilmu, mereka dahagakan rangkaian kawan dan sahabat. Malahan apabila saya yang hadir dari UKM Bangi dilihat sebagai satu rahmat kepada mereka. Anda tahu? Seorang rakan sanggup mengirimkan sejumlah wang ke akuan saya untuk tujuan jamuan...menitis air mata saya penuh syahdu apabila melihat sejumlah wang begitu besar. Saya mendapat sokongan yang positif apabila pegawai kanan UKM memberi sokongan diatas u

Fotografi hari ini di Malaysia.

Imej
10 Mei 2014: Saya hadir semalam di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu bahru (IKBN Peretak), Selangor selaku Naib Yang DiPertua Persatuan Alumni IKBN Peretak. Bukan sebagai Juri. Tetapi penilaian saya terhadap gambar-gambar yang dipamerkan oleh semua peserta (pelajar tahap 3 kursus fotografi) tetap ada. Apabila saya ditanya oleh Pengarah IKBN Peretak Tuan Haji Wan Salam bagaimana dengan mutu karya? Saya jawab, cukup cemerlang!. Sejak saya meninggalkan IKBN Peretak pada tahun 1977, inilah kali pertama saya dapat melihat sambil membuat penilaian tidak rasmi. Kesemua karya mampu melonjakkan mutu fotografi di Malaysia. Mereka datang dari hasil didikan tenaga pengajar yang terbaik. Mereka menghasilkan karya dari bakat, ilmu dan kemampuan terbaik. Seperti kata Tuan Haji Saari selaku Pegarah Bahagian Latihan Kementerian Belia dan Sukan dalam ucapan perasmiannya, karya-karya seperti ini perlu dibawa ke Kuala Lumpur dengan membuat pemeran di galeri sen

Mencari Sinar Di Pulau Tioman

Imej
Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini. Memang ada kenderaan yang boleh disewa, tetapi keadaan muka buminya amat mencabar dan adalah elok kita menggunakan pemandu tempatan. Kampung-kampung seperti  Kampung Tekek, Juara, Air Batang,Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Genting, boleh diziarahi tetapi kedudukannya yang berjauhan maka saya mengambil keputusan hanya berada di Kampung Air Batang dan Tekek sahaja untuk tempuh dua hari di situ.  Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang. Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan,

Petikan Dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak  Dari Portal Berita UKM   Isnin, 14 April 2014 08:37   oleh Abdul Raai bin Osman   foto Abdul Raai bin Osman   MUAR, 5 Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini. Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu. Beliau berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain. Latihan menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota Suksis yang menyertai latihan menembak itu akan m

Petikan Berita Dari eWarga UKM

Imej
Tahniah - Pelantikan Sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 Jurufotografi Kanan di Pusat Komunikasi Korporat UKM, Abd Raai bin Osman telah dilantik sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 bagi dua kategori foto iaitu Foto Cemerlang dan Esei Foto Cemerlang Hadiah Kewartawanan Foto merupakan anugerah yang berprestij anjuran Malaysian Press Institute-PETRONAS.

Semoga Tintanya Ada Habuan Di Akhirat.

"En Raai jom la kerja dengan saya di PRO", saya seringkali diajukan dengan kata-kata itu setiap kali bertemu dengan beliau. Sekadar melepaskan senyuman dan memberitahu soal pindah pejabat bukan satu yang saya gemar kecuali dengan arahan atau terpaksa. Namun atas kehendaknya, nama saya dicadangkan menjadi Editor Bersekutu untuk buletin Senada UKM. Satu tugas besar yang dilantik oleh Naib Canselor UKM sekitar awal tahun 2006. Saya seorang kakitangan sokongan bukan pentadbiran mahupun akedemik disenaraikan oleh beliau untuk tanggungjawab itu. Beliau yang saya maksudkan ialah Allahyarham Salmah Zainal Abidin. Namanya tidak sebesar individu lain di UKM. Salmah seorang Pegawai Penerbitan yang tugasnya menyunting artikel, jurnal. Namun bagi saya beliau memberi jasa kepada penglibatan saya sebagai penulis sambilan di UKM. Banyak artikel ringan yang saya tulis diterbitkan oleh beliau. Malahan beliau banyak menyunting dan menerbitkan puisi saya untuk Senada. Saya dinaikkan pangka
Imej

Petikan dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota PALAPES Mempunyai Kelebihan Antara Semua Pelajar  Selasa, 11 Februari 2014 16:48 Oleh Raai Osman Foto Raai Osman BENTONG, 5 Feb 2014 - Pelajar yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) mempunyai kelebihan dari graduan lain kerana pengalaman ketenteraan yang mereka timba membolehkan mereka cemerlang di mana saja mereka berkhidmat. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berbangga dengan pencapaian mereka ketika melawat khemah latihan Palapes UKM-USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini hari ini. Pelatih itu baru sahaja selesai menjalini latihan tahunan mereka di Mempaga di sini hari ini. Prof Noor Azlan selaku Komandan PALAPES UKM telah melawat kelima-lima khemah latihan enam hari mereka itu yang berakhir hari ini. Khemah-khemah itu menempatkan tiga peringkat anggota kadet UKM–USIM ia itu Peri

Gempur Wira di Mempaga 2014

Imej
Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina. 8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16. Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh. Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan pe

Disalin dari Portal Berita UKM

Imej
UKM Photographer Conducts Free Workshop For Rural Youths Monday, 13 January 2014 00:00 By Shahfizal Musa Pix Students of Photography Workshop BANGI, 10 Jan 2014 - More than 30 youths from all over Kedah received free training in photography from a UKM photographer in Sik, Kedah last week. The workshop was the initiative of Abdul Raai Osman, a photographer with the UKM News Portal then on holiday in his kampung who felt that he had to do something to contribute to the community there. Using his 35 years of experience in UKM he decided to give the free photography lessons with the hope that it would allow the youths there to generate their own incomes. He got the idea after listening to speeches by UKM senior officials about how the university needed to engage the community.  His efforts showed that everyone regardless of position and background can make a contribution to socie