Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 29, 2013

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari kaca mata seorang Jurufoto

Imej
Apabila setiap kali Pegawai Khas Naib Canselor UKM menelefon saya, maka saya sudah menganggak pasti Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin perlu sesuatu yang berkaitan dengan gambar. Cik Azimah Dato Mahmud begitu bijak menurunkan tekanan saya apabila memulakan bicara dengan bertanya, "En Raai sibuk?......"  Saya sebenarnya bukan Jurufoto khas kepada Naib Canselor (NC). Namun saya dan rakan-rakan jurufoto merupakan petugas yang sering merakam gambar apa sahaja aktiviti NC di UKM melainkan keluar negara! Sepanjang merakam atau bertugas di majlis yang NC hadir saya dapat melihat secara dekat persenaliti beliau. Malah saya dapat melihat karisma beliau sebagai NC wanita pertama di UKM. Oleh kerana staff UKM amat ramai, pastinya nama saya tidak dihafal oleh beliau. Namun kalau beliau meminta Jurufoto, pastinya saya yang dipanggil. Pernah saya duduk sebelah beliau kerana menyediakan gambar untuk taklimat lawatan Raja Muda Perak. Oleh kerana Tan Sri henda

Perhimpunan Mantan Warga Kampung Sungai Batang | Kini Beris Jaya

Imej
Asalnya kami ingin mengadakan secara kecil-kecilan dengan menjemput rakan-rakan Facebook yang merantau untuk berkumpul di Tasik Beris. Mereka adalah anak-anak jati Sungai Batang. Namun sambutannya diluar dugaan apabila terdapat sambutan dari kalangan masyarakat Beris Jaya, maka telah mengubah menjadi satu perhimpunan sebegini. Demikian antara ucapan Prof Madya Dr Chek bin Derasid ketika memberikan ucapan alu-aluan di Majlis Perhimpunan Mantan Warga Kampung Sungai Batang pada petang 28 Disember 2013 yang lalu.  Beliau yang kini merupakan salah seorang warga akademik di Universiti Utara Malaysia yang juga alumni UKM, melahirkan rasa gembira dengan sambuatan yang diluar dugaan itu. Dr Chek juga berharap dengan wujudnya perhimpunan sebegini maka akan dapatlah dilahirkan sebuat kelab atau persatuan yang mampu menganjurkan beberapa aktiviti yang memberikan faedah kepada warga Beris Jaya. Setiusaha Pengerusi Jawatankuasa Kampung Beris Jaya Tuan Haji Rahman Ahmad, pula dalam

Bercuti untuk fotografi

Imej
Syukur Alhamdulillah saya telah selamat mengadakan bengkel fotografi setelah tamat pada 28 Disember 2013. Bengkel ini merupa program peribadi yang terakhir bagi tahun 2013. Namun lebih jauh program ini merupakan pembuka jalan kepada program seterusnya pada masa-masa akan datang. Seharusnya saya mengucapkan terim kasih yang tidak terhingga kepada Puan Salmiah, Pegawai Belia dan Sukan Sik kerana membantu saya dalam menjayakan program ini. Atas bantuan beliau maka Persatuan Rekresi Sik turut menyumbangkan tenaga dari awal hingga akhir. Kerana bantuan beliau juga maka Ahli Dewan Undangan Jeneri, Yang Berhormat Mahadzir Abdul Hamid selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Sik telah turun padang untuk merasmikan program ini. Pada perancangan awal saya ingin mengadakan program yang sederhana dan akhirnya menjadi meriah dan tersusun.   YB Mahadzir amat gembira dengan penganjuran program ini kerana dengan menganjurkan bengkel ini maka belia-belia dan masyarakat Sik khasnya dapat m