Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 22, 2013

Sumbangan gambar dalam buku oleh penerbit di Singapura

Imej
Syukur Alhamdulillah sebuah penerbit di Singapura telah menggunakan gambar saya untuk buku Bahasa Melayu untuk sekolah-sekolah di sana. Gambar ini dipilih dari album Flickr saya. Alhamdulillah setelah saya berbincang dengan pegawai saya, gambar itu diterbitkan tanpa ganjaran kewangan tetapi mereka memberikan penghargaan nama saya. Yalah, jika difikirkan wang bukanlah banyak sangat. Saya harap ianya menjadi satu amal jariah dalam memartabatkan bahasa ibunda kita.

Bengkel Fotografi di Sik Kedah 26 hingga 28hb Disember 2013

Imej
Insyaallah jika tiada aral melintang dan diizinkan oleh Allah, saya akan balik ke daerah Sik pada 25 Disember 2013 ini untuk mengendalikan satu kursus fotografi. Kursus yang akan diadakan dengan bantuan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik ini mendapat kerjasama Persatuan Rekreasi Sik akan diadalan di Belannatara Tasik Beris Sik berhadapan Ladang Anggur. Kursus ini saya berikan secara percuma tanpa mengenakan apa-apa yuran ceramah selama dua hari setengah. Saya mengadakan kursus ini sempena usia saya 55 tahun dan selama 34 tahun bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah hasrat saya selama ini yang terpendam sekian lama untuk mencurahkan ilmu, pengalaman kepada belia dan sesiapa sahaja di daerah saya dibesarkan.  Mengendalikan satu program yang agak besar dan jauh dari tempat tinggal dan kerja sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Saya harus menjaga kesihatan sebelum tempuh tersebut. Kerana tanpa kesihatan yang baik agak sukar untuk mengendalikan program selama du