Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 1, 2013

Fotografi: Media Sokongan Kepada Keperluan Sebuah Muzium

Imej
Berikut merupakan kertas pembentangan saya di Program Bicara Muzium dan Warisan siri 2/2013 pada 4 disember 2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM Majlis Perasmian Kampus UKM Bangi. Peranan merekodkan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula sebelum tahun 1970. Ia bermula ketika kerja-kerja lawatan ke tapak UKM oleh pemimpin Negara   untuk memastikan kesesuaiannya. Almarhum Sultan Selangor, YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussain.   Peranan merakam gambar-gambar ini dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JPM). Oleh itu banyak gambar-gambar dalam bentuk analog disimpan oleh JPM. Namun kemudian telah diambil oleh UKM dengan wujudnya Pusat Teknologi Pendidikan (PTP). Pengarahnya En Chan Beng Fai adalah peneraju kerja-kerja ini dengan menggunakan filem Hitam Putih kemudian beralih kepada filem slaid dan warna. Dari kiri: Bangunan Perpustakaan Tun Sri Lanang, Ekonomi dan Perniagaan dan Fakulti Sains dan Teknologi. Majlis Konvokesyen Pe