Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 27, 2013

Anugerah UNSUNG HERO Universiti Kebangsaan Malaysia

Imej
Tambah kapsyen Petikan dari majalah MA:   Beliau merupakan alumni IKBN Peretak. Merupakan Ahli Fotografi- Di Fakulti Sains Dan Teknologi; Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor mulai 5 November 1979 hingga 17 Ogos 2007. Selepas itu beliau bertugas di Penerbit UKM sehingga tahun 2013. Kini beliau berkhidmat di Pusat Komunikasi Koperat. Jika anda seorang peminat fotografi dan anda adalah warga UKM, menjadi satu kerugian jika anda tidak berjumpa dan mempelajari ilmu fotografi dari beliau. Seorang yang tidak lokek dengan ilmu fotografi yang juga aktif dalam pelbagai penerbitan bercetak mahupun maya. Kelibat beliau sering kelihatan di program-program pelajar walaupun di hari minggu. Gambar-gambar koleksi beliau sudah semestinya menjadi koleksi yang bernilai untuk warga UKM dan sejarah UKM itu sendiri. Beliau juga merupakan Mentor Fotografi MA33-MA36. Dengan ini team MA bebesar hati untuk menganugerahkan anugerah ‘UNSUNG HERO’ kepada En Abd. Raai Osman. ‘UN