Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 25, 2013

Resort Kitar Semula 1

Imej
"Resort  kami harganya mahal", kata  Puan Zuraidah Zainal Abidin yang berjawatan Enviroment Education Manager di The Frangipani Langkawi . Paling murah RM400. Saya diberitahu ada yang melebihi seribu ringgit Malaysia. Saya berbisik kepada ahli rombongan kalau  RM400 boleh sewa sebuah aparment untuk tinggal satu malam dan boleh duduk dalam 4 hingga 8 orang. Namun setelah saya dan pelajar-pelajar program Mobiliti Pelajar Antarabangsa-UKM dibawa melawat sekitar resort itu saya mula berkata kalau RM400 masih murah! Harga resort ini harganya melebihi seribu ringgit Malaysia. Ketika Puan Priscilla membawa kumpulan saya melawat beberapa kawasan kami diberi taklimat bagaimana resort ini melakukan kitar semula. Saya amat tertarik cara kitar semula dilakukan. Kawasan belakang resort ini terdapat proses kitar semula yang dilakukan hampir sama dengan kaedah proses kumbahan orang-orang melayu di kampung sebelum ini. Ia hampir sama dengan kaedah kitar semula Air Limbah ( a

Resort Kitar Semula 2

Imej
Kitar semula bahan-bahan terbuang bukanlah satu perkara baharu. Namun untuk melakukan kitar semula harus ada tenaga kerja yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Ya lah, bahan yang dalam kategori sampah harus digubah semula menjadi satu karya yang bermutu tinggi. Di The Frangipani Langkawi .banyak bahan-bahan yang kita anggap sampah dikitar semula dan hasilnya amat bermutu sekali. The Frangipani Langkawi . memiliki artis yang berinovasi. Segala botol-botol minuman dihasilkan semula sebagai hiasan samada dalam bilik penginapan mahupun bilik air. Begitu juga botol-botol air mineral digubah menjadi hiasan yang menawan kepada pengunjung. Kulit kelapa muda yang telah bertaraf sampah digubah menjadi bekas abu rokok (merokok merbahayakan kesihatan...). Pada hemat saya, idea ini boleh digunakan oleh sesiapa asalkan memiliki daya kreativiti yang tinggi. Kerana selama ini kita malu untuk menjadi pemungut sampah, kerana  akan menjadi satu bebanan jika sampah itu telah