Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 3, 2013

Pertemuan yang syahdu

Imej
Cikgu Puteh bin Salleh (dua dari kanan) dan isterinya (tiga dari kanan) Cikgu Mad Razi bin Puteh (kanan sekali). 3 Mac 2013: Tepat pukul 10.16 pagi saya dan isteri telah sampai di perkarangan sebuah rumah berwarna kuning di Kampung Kemelong, Sik, Kedah. Hajat besar ingin bertemu mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Batang, Cikgu Putih bin Salleh. Hasil pertemuan dengan anaknya Cikgu Mad Razi maka kehadiran saya menjadi mudah.  Saya tiba di perkarangan rumah Cikgu Putih dengan penuh emosi sebenarnya. Mana tidaknya beliau umpama seorang ayah selepas kematian ayah saya. Selain guru, beliau banyak mendidik anak-anak kampung termasuk saya untuk menjadi insan terpilih. Hasil didikan beliau saya akui maka lahirlah, Prof Madya Dr Chek Derasid, Majid Derasid, Cikgu Tajuddin Yahya,Cikgu Kamilah Ismail, KamAluddin Ismail, Mohamada Ismail yang kni bertugas di Ryiad dan amat ramai lagi. 3 Mac saya telah bertekad untuk menemui beliau setelah telah lama tidak mempunya

Demi sebuah ikatan

Imej
1 Mac 2013- Saya memandu kereta ke aparment bersebelahan Hospital Ampang untuk menjemput Farhana Ayu kerana kami akan melakukan perjalanan jauh ke Sik Kedah. 9.30 pagi saya memandu memasuki Lebuhraya Utara Selatan menerusi plaza tol Jalan Duta. Farhana yang telah diijab kabulkan pada 9 Februari lepas di Segamat hanya melelapkan mata di tempat duduk belakang bersama Ma Longnya. Mujur isteri saya memang menjadi teman setia sepanjang perjalanan sanggup bersengkang mata menahan mengantuknya. Keluarga adik ipar saya bersama anak menantu mereka. Emak saudara pengantin perempuan dari Johor. Kanan sekali ialah pengapit kepada pengantin Saya berpeluang bertemu sahabat lama. Dari kanan: Ayah pengantin perempuan manakala kiri adalah ayah pengantin lelaki. Kami berhenti di R & R Rawang untuk bersarapan. Kemudian makan tengahari di R & R Sungai Perak. Rombongan kami sampai di Beris Jaya lebih kurang pukul 5 petang langsung singgah di rumah makcik Nik Mat. Nik