Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 17, 2013

Sentuhan seni

Walaupun video ini adalah latihan oleh peserta Kursus MCP anjuran Penerbit UKM, tapi saya memberikan kerjasama dengan pengisian pada topik tersebut. Kalau ada beberapa masalah tenikal oleh peserta anggapkan mereka baru belajar. Namun tahniah kepada krew tersebut dan pengaacara yang comel Ungu Violet serta terbaik buat Pengarahnya Zack Hanapiah Sila klik: Sentuhan seni

Misi perang

Imej
7 Februari 2013 tepat pukul 7.00 pagi saya bergerak ke sebuah ladang kelapa sawit milik Felda di Mempaga, Bentong Pahang. Dengan kenderaaan pacuan empat roda, saya bersama-sama Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said selaku ketua jurulatih, Leftenan Kolonel Dato Dr Samsul Abadi dan Mejar Dr Jasmy bin Abdul Rahman telah berada di sebuah bukit di ladang Felda Mempaga. "Kau orang semua dah solat Subuh?, tanya Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said. Itulah soalan yang kerap keluar dari mulut beliau.Bagi saya inilah soalan yang kerap saya dengar baik, Magrib atau mana-mana waktu solat.Walau apa keadaan, solat memang dititik beratkan oleh beliau. Jam di tangan tepat pukul 7.45 pagi, saya kedengaran letupan senjata M16 dari jarak 500 meter. Asap kelihatan menandakan pasukan penyerang telah mara ke bukit kecil itu. Pasukan yang sedang bertahan diarah bersedia. Letupan senjata api semakin bertalu-talu.Manakala suasan semakin hingar bangar dengan letup di sana sini. Pasukan bertahan