Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Segala-galanya ujian daripada Allah

Imej
Sabtu- 7 September 2013-1.46 petang: Setelah doktor di Poliklinik UKM Bandar Baru Bangi meminta saya membawa kedua-dua puteri ke mana-mana hospital, saya membuat keputusan membawa mereka ke Hospital Serdang, Selangor. Lima jam di Unit Kecemasan hospital tersebut saya dikejutkan dengan panggilan agar waris masuk ke Zon Merah (kritikal).  Ketika masuk saya melihat Nur Amirah berada di katil beroda dengan tangan telah dipasang saluran air. Dia kelihatan lemah. Sebagai ayah yang pernah menguruskan anak sejak dari bayi, maka keadaannya saya yakin dia amat lemah. Hapuskan sarang nyamuk Aedes Ketika itu Nur Atiqah masih di dalam bilik rawatan kecemasan. Saya tidak tahu keadaannya. Saya menghubungi seorang sahabat (pemandu teksi) untuk mengambil isteri dan anak bongsu di rumah. Saya tidak mahu isteri memandu kereta sebuah lagi kerana Hospital Serdang terkenal dengan kesesakkan tempat letak kereta. Along Atiqah, kemudian dibenarkan pulang tetapi perlu datang keesokkan hari u