Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari kaca mata seorang Jurufoto

Imej
Apabila setiap kali Pegawai Khas Naib Canselor UKM menelefon saya, maka saya sudah menganggak pasti Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin perlu sesuatu yang berkaitan dengan gambar. Cik Azimah Dato Mahmud begitu bijak menurunkan tekanan saya apabila memulakan bicara dengan bertanya, "En Raai sibuk?......"  Saya sebenarnya bukan Jurufoto khas kepada Naib Canselor (NC). Namun saya dan rakan-rakan jurufoto merupakan petugas yang sering merakam gambar apa sahaja aktiviti NC di UKM melainkan keluar negara! Sepanjang merakam atau bertugas di majlis yang NC hadir saya dapat melihat secara dekat persenaliti beliau. Malah saya dapat melihat karisma beliau sebagai NC wanita pertama di UKM. Oleh kerana staff UKM amat ramai, pastinya nama saya tidak dihafal oleh beliau. Namun kalau beliau meminta Jurufoto, pastinya saya yang dipanggil. Pernah saya duduk sebelah beliau kerana menyediakan gambar untuk taklimat lawatan Raja Muda Perak. Oleh kerana Tan Sri henda

Perhimpunan Mantan Warga Kampung Sungai Batang | Kini Beris Jaya

Imej
Asalnya kami ingin mengadakan secara kecil-kecilan dengan menjemput rakan-rakan Facebook yang merantau untuk berkumpul di Tasik Beris. Mereka adalah anak-anak jati Sungai Batang. Namun sambutannya diluar dugaan apabila terdapat sambutan dari kalangan masyarakat Beris Jaya, maka telah mengubah menjadi satu perhimpunan sebegini. Demikian antara ucapan Prof Madya Dr Chek bin Derasid ketika memberikan ucapan alu-aluan di Majlis Perhimpunan Mantan Warga Kampung Sungai Batang pada petang 28 Disember 2013 yang lalu.  Beliau yang kini merupakan salah seorang warga akademik di Universiti Utara Malaysia yang juga alumni UKM, melahirkan rasa gembira dengan sambuatan yang diluar dugaan itu. Dr Chek juga berharap dengan wujudnya perhimpunan sebegini maka akan dapatlah dilahirkan sebuat kelab atau persatuan yang mampu menganjurkan beberapa aktiviti yang memberikan faedah kepada warga Beris Jaya. Setiusaha Pengerusi Jawatankuasa Kampung Beris Jaya Tuan Haji Rahman Ahmad, pula dalam

Bercuti untuk fotografi

Imej
Syukur Alhamdulillah saya telah selamat mengadakan bengkel fotografi setelah tamat pada 28 Disember 2013. Bengkel ini merupa program peribadi yang terakhir bagi tahun 2013. Namun lebih jauh program ini merupakan pembuka jalan kepada program seterusnya pada masa-masa akan datang. Seharusnya saya mengucapkan terim kasih yang tidak terhingga kepada Puan Salmiah, Pegawai Belia dan Sukan Sik kerana membantu saya dalam menjayakan program ini. Atas bantuan beliau maka Persatuan Rekresi Sik turut menyumbangkan tenaga dari awal hingga akhir. Kerana bantuan beliau juga maka Ahli Dewan Undangan Jeneri, Yang Berhormat Mahadzir Abdul Hamid selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Sik telah turun padang untuk merasmikan program ini. Pada perancangan awal saya ingin mengadakan program yang sederhana dan akhirnya menjadi meriah dan tersusun.   YB Mahadzir amat gembira dengan penganjuran program ini kerana dengan menganjurkan bengkel ini maka belia-belia dan masyarakat Sik khasnya dapat m

Sumbangan gambar dalam buku oleh penerbit di Singapura

Imej
Syukur Alhamdulillah sebuah penerbit di Singapura telah menggunakan gambar saya untuk buku Bahasa Melayu untuk sekolah-sekolah di sana. Gambar ini dipilih dari album Flickr saya. Alhamdulillah setelah saya berbincang dengan pegawai saya, gambar itu diterbitkan tanpa ganjaran kewangan tetapi mereka memberikan penghargaan nama saya. Yalah, jika difikirkan wang bukanlah banyak sangat. Saya harap ianya menjadi satu amal jariah dalam memartabatkan bahasa ibunda kita.

Bengkel Fotografi di Sik Kedah 26 hingga 28hb Disember 2013

Imej
Insyaallah jika tiada aral melintang dan diizinkan oleh Allah, saya akan balik ke daerah Sik pada 25 Disember 2013 ini untuk mengendalikan satu kursus fotografi. Kursus yang akan diadakan dengan bantuan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik ini mendapat kerjasama Persatuan Rekreasi Sik akan diadalan di Belannatara Tasik Beris Sik berhadapan Ladang Anggur. Kursus ini saya berikan secara percuma tanpa mengenakan apa-apa yuran ceramah selama dua hari setengah. Saya mengadakan kursus ini sempena usia saya 55 tahun dan selama 34 tahun bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inilah hasrat saya selama ini yang terpendam sekian lama untuk mencurahkan ilmu, pengalaman kepada belia dan sesiapa sahaja di daerah saya dibesarkan.  Mengendalikan satu program yang agak besar dan jauh dari tempat tinggal dan kerja sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Saya harus menjaga kesihatan sebelum tempuh tersebut. Kerana tanpa kesihatan yang baik agak sukar untuk mengendalikan program selama du

Fotografi: Media Sokongan Kepada Keperluan Sebuah Muzium

Imej
Berikut merupakan kertas pembentangan saya di Program Bicara Muzium dan Warisan siri 2/2013 pada 4 disember 2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM Majlis Perasmian Kampus UKM Bangi. Peranan merekodkan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula sebelum tahun 1970. Ia bermula ketika kerja-kerja lawatan ke tapak UKM oleh pemimpin Negara   untuk memastikan kesesuaiannya. Almarhum Sultan Selangor, YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussain.   Peranan merakam gambar-gambar ini dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JPM). Oleh itu banyak gambar-gambar dalam bentuk analog disimpan oleh JPM. Namun kemudian telah diambil oleh UKM dengan wujudnya Pusat Teknologi Pendidikan (PTP). Pengarahnya En Chan Beng Fai adalah peneraju kerja-kerja ini dengan menggunakan filem Hitam Putih kemudian beralih kepada filem slaid dan warna. Dari kiri: Bangunan Perpustakaan Tun Sri Lanang, Ekonomi dan Perniagaan dan Fakulti Sains dan Teknologi. Majlis Konvokesyen Pe

Anugerah UNSUNG HERO Universiti Kebangsaan Malaysia

Imej
Tambah kapsyen Petikan dari majalah MA:   Beliau merupakan alumni IKBN Peretak. Merupakan Ahli Fotografi- Di Fakulti Sains Dan Teknologi; Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor mulai 5 November 1979 hingga 17 Ogos 2007. Selepas itu beliau bertugas di Penerbit UKM sehingga tahun 2013. Kini beliau berkhidmat di Pusat Komunikasi Koperat. Jika anda seorang peminat fotografi dan anda adalah warga UKM, menjadi satu kerugian jika anda tidak berjumpa dan mempelajari ilmu fotografi dari beliau. Seorang yang tidak lokek dengan ilmu fotografi yang juga aktif dalam pelbagai penerbitan bercetak mahupun maya. Kelibat beliau sering kelihatan di program-program pelajar walaupun di hari minggu. Gambar-gambar koleksi beliau sudah semestinya menjadi koleksi yang bernilai untuk warga UKM dan sejarah UKM itu sendiri. Beliau juga merupakan Mentor Fotografi MA33-MA36. Dengan ini team MA bebesar hati untuk menganugerahkan anugerah ‘UNSUNG HERO’ kepada En Abd. Raai Osman. ‘UN

Facebook: Sampai Bila?

Imej
Apabila isteri saya mula membuka akaun Facebook pada tahun ini maka saya mula memikirkan adakah dia nak memantau kegiatan saya? Ketika berjalan di khalayak ramai ada melepaskan senyuman pada saya sudah tentu dia rakan FB. Ada orang akan tahu kita ke mana pergi mungkin mereka telah membaca status yang berbunyi "sedang nak naik tangga kapal terbang". Begitulah fenomena FB sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004.  Sampai bila facebook akan bertahan dan sampai bila kita akan bertahan dengan aktiviti bersosial dengannya? Ini satu soalan yang saya terfikir setelah sudah hampir empat tahun menjadikan Facebook sebagai media sosial. Janganlah bermain FB ketika bekerja. Saya mula mengenali nama laman sosial ini sekitar tahun 2009 apabila Profesor Dr Yang Farina menyebut dalam satu e-mel kepada warga Fakulti Sains dan Teknolgi UKM. Beliau mencadangkan agar lihat FB Prof Dr Kamarudin Salleh untuk melihat bagaimana keadaan kesihatannya. Setelah saya saya membuka akaun FB dan mem