Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 22, 2012

Ada ketikanya.......

Saya telah lama tidak menulis dilaman ini. Maaf kerana sejak beberapa ketika saya harus berperang dengan takdir Allah. Allah menduga saya dengan cobaan yang agak berat untuk saya tanggani. Namun saya akan terus berjuang untuk hidup. Insyaallah saya teruskan demi kehidupan ini.

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM

Imej
Tuntutan Demokrasi Tidak Harus Bawa Kepada Kemusnahan Negara Selasa, 24 Julai 2012 08:31 Berita dan Foto oleh Abd Raai bin Osman Penerbit UKM SINTOK, 17 Julai 2012 - Rakyat diingatkan tidak terlalu terikut dengan amalan keghairahan berpolitik untuk menyuburkan demokrasi hingga membawa kepada kemusnahan negara. Tengku Temenggong Kedah, Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkata rakyat tidak harus begitu terpengaruh dengan amalan negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu dipertahankan. Beliau yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berucap di Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan)  IPTA Ke-31 di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini. Beliau berkata melihat kepada perkembangan semasa