Catatan

Tunjukkan catatan dari April 29, 2012

Pulau Ketam- Kampung Masyarakat Cina yang menarik.

Imej
"Bang Raai, apa ada kat Pulau Ketam", tanya Izwan kepada saya dua minggu lepas. Akhirnya saya telah menetapkan tarikh 1 Mei 2012 untuk pergi ke Pulau Ketam.Kami bertolak ke Pulau Ketam dengan dua buah kereta, tujuh orang rakan termasuk saya. Menariknya kami disertai oleh seorang pesara pegawai bank, Haji Badarudin Ishak. "Malam tadi saya menyertai qiamulai kat masjid Hasanah Raai" Terang saudara Seberi, staff Pejabat Pendaftar UKM. Mujur sepanjang program beliau tidak mengantuk. Menurut beliau, qiamulai itu adalah sebahagian program dalam kursus hajinya. "Larat ke Raai....", tanya Hai Bad kerana melihat saya demam selsema. Namun sampai habis program saya tetap sihat. Apakan daya saya perlu hadir ke Pulau Ketam kerana telah berjanji untuk ikut serta sejak seminggu dulu. Apa yang kami dapat ketika berada di Pulau Ketam? Nak makan, mana ada kedai melayu dan mamak. Semua kedai di sana kedai yang diragui status halalnya. Walaupun ada ketikanya saya d

Halalkah...?

Mendarat sahaja saya dan rakan-rakan di jeti Pulau Ketam, kami bertemu dengan restoran makanan laut. Saya singgah di sebuah restoran. Bau harum telur menyemarakan aroma. Memang sedap.  Kata tukang masak restoran itu, makanan tersebut ialah Lala (sejenis makanan laut seperti kerang atau siput). Campuran telur, tauge dan tepung ubi. Kalau dilihat pada cara masakannya memang menaikkan selera. Saya sekadar bertanya, "halal ke". Tukang masak itu bertanya kepada pembantunya seorang wanita Indonesia. Wanita itu sekadar tersenyum,. Saya terfikir, faham ke tidak wanita cina dan Indonesia itu status halal makanan mereka.  Ada pekedai memberitahu kepada saya bahawa " Melayu boleh makan ini ....". Saya sekadar tersenyum. Terdapat kedai yang melekatkan ayat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ dan kalimah . Kedai itu menjual nasi campur dan penjaganya ialah wanita Indonesia.  Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kefahaman orang bukan Islam tentang status