Catatan

Tunjukkan catatan dari April 15, 2012

Kita tidak seharusnya kalah.

Kita tidak seharusnya kalah, itu yang wajib saya beritahu kepada sahabat-sahabat dalam AJK Persatuan Alumni Peretak. Kami berusaha untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan pada 16 April 2012. Namun oleh kerana Menteri perlu berada di Parlimen maka AJK hanya dapat bertemu pada 18 April. Mereka bersiap sedia dengan berbagai maklumat. Malahan sdra Baha dari Dungun, Terengganu, sdra Samsudin Oli dari Kedah datrang pada 17 April dan bermalam di Kuala Lumpur. Pada malam17 April saya menyambut ulangtahun kelahiran bersama keluarga bilamana anak kedua belanja makan. Kemudian saya bergegas ke Kuala Lumpur kerana Samsudin dan Baharudin menanti di sana. Sebenarnya hari itu saya dapat menyambut bersama-sama mereka. Sdra Samsudin, Baha, Hafis, Mizwan dan sdri Noni turut bersama. Hebat sangat ke program kami nak bertemu menteri? Kata sdra Samsudin, ada pihak yang tidak percaya dengan pertemuan tersebut. Alhirnya pertemuan itu berlaku tanpa saya. Saya wajib bertemu doktor pakar di Hospital UKM.