Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 4, 2012

Saya bukan sekadar lilin yang menyala.......

Imej
Ketika saya dijemput menghadiri Malam Anugerah Seni UKM 2011 oleh seorang pelajar tidak terfikir pun bahawa pada malam itu akan dianugerahkan sekeping sijil. Sijil yang mengiktirafkan saya sebagai Jurulatih untuk tempuh 20 tahun. Sememangnya saya telah lama berkhidmat di UKM sebagai Jurufoto sejak tahun 1979. Namun saya telah memulakan perkhidmatan sebagai Jurulatih Seni Foto sambilan selepas itu. Semasa saya memulakan tugas mengajar dan membimbing pelajar dalam bidang seni foto masih lagi menggunakan filem. Malahan saya pernah mengajar mereka memproses filem hitam putih dan mencetaknya. Setiap hari Sabtu saya akan bersama-sama pelajar-pelajar di kampus. Saya tidak pernah merasai nikmat bercuti hari Sabtu seperti orang lain, kecuali ketika pelajar bercuti di pertengahan atau akhir semestar. Pelajar bersilih ganti. Sehingga kini saya telah melatih mereka hampir lima ratus orang. Cabaran memang ada. Setelah teknologi digital maka saya harus mempelajari teknologi itu. Saya perlu mengha