Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 12, 2012

Wartawan, Ahli Parlimen dan Wartawan.

Saya menerima mesej ringkas dari seorang sahabat Zabidi yang berbunyi "Al Fatihah,mantan Ahli parlimen Hulu Langat, Dato' Badrol Hisaham Abd Aziz telah kembali ke Rahmatollah jam 3 petang tadi, Jumaat di Hospital Serdang ". Selepas itu saya menghubungi seorang sahabat yang juga sahabat baiknya Saliman Leman. Saliman sudah menggetahui kepergian Dato' Badrol dan Saliman dalam perjalanan ke banglo arwah di Mutiara Bangi. Saya tiba kemudiannya dan jenazah belum tiba. Dua puluh minit kemudian kereta jenazah tiba dengan diiringi pengiring Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Saya sempat membantu mengangkat jenazah Allahyarham sehingga ke ruang tamu. Saya sempat juga menyertai tahlil ringkas yang dipimpin oleh Dato' Osman Desa yang menjadi jiran sebelah banglao Allahyarham Badrol. Saya kembali dapat bertemu dengan Allahyarham selepas bersara dari Ahli Parlimen Hulu Langat. Sebagai YB beliau sibuk dengan tugasannya maka peluang untuk bertemu dengannya agak sukar.