Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 5, 2012

Sesekali Jurufoto berbicara 2

Saya nak sambung mengenai bengkel yang telah diadakan oleh Jurufoto dalam Perhidmatan Awam. Kalau yang agak masih diperingkat usul dan ura-ura tak maulah saya tulis. Bukan apa kuatir menjadi rasmi pula. Kerana apa yang bincang dalam pertemuan ini ialah masih dalam proses untuk memurnikan lagi. Komuniti kami besar sebenarnya. Namun keahlian dalam sati-satu agensi masih kecil. Jurufoto di RTM, Bernama, Jabatan Penerangan boleh dikatakan mempunyai jumlah penjawat yang ramai. Mereka agak tersusun tetapi bagi agensi lain sperti IPTA, dan badan-badan berkanun lain agak kurang. Misal UKM mempunyai hanya 14 orang Jurufoto. Itu pun ditempatkan diperbagai fakulti dan jabatan. Sebab itu kami bentuk persatuan yang mana pada masa akan datang ia akan menjadi kesatuan dengan matlamat nak menjaga kebajikan ahli-ahli. Memang ada jurufoto yang menganggotai kesatuan di agensi masing-masing tetapi dengan wujudnya kesatuan jurufoto adalah diimpikan agar semua ahli boleh berkomunikasi dalam satu komunit

Sesekali Jurufoto berbicara 1

Imej
Foto oleh: Mahayudin Mohamad , BERNAMA Kami komuniti sepi ketika bertugas. Ada kalanya kami seperti bersaing di arena. Kami memang berebut-rebut mencari sudut ketika merakam gambar. Ketika-ketika tertentu kami seperti bermusuhan ketika mencari sudut untuk memperolehi komposisi yang baik.  Siapa kami? Semua orang mengenali kami apabila memegang kamera. Semua orang suka kepada kami ketika dapat melihat hasil kerja kami. Tetapi kami bergelut dengan perasaan ketika isteri sarat mengandung lapan bulan. Takut-takut isteri bersalin tanpa kami. Ketika ayah atau ibu sedang sakit kami berperang dengan emosi kerana mereka amat perlu di sampingnya. Namun demi rezeki, mereka semua pasrah melepaskan kami ke tempat mencari rezeki. Ada ketikanya kami pulang larut malam, awal pagi ketika semua orang sedang bermimpi indah. Sedangkan ada rakan-rakan kami sedang meneropong masalah orang lain yang ditimpa musibah seperti banjir, tanah runtuh. Saya telah menulis di sini ila tekan> Tapi itu semua

Majlis Bersama Presiden Ceupacs dengan Pereka dan Jurufoto SeMalaysia

Imej
3 Feb hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan saya dari Bangi ke Putrajaya. Mencari Bangunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hujan lebat bukanlah perkara yang mudah. Mujur Putrajaya tidak sesak seperti Kuala Lumpur. Ketika tiba di Dewan Utama KPKK Aras B1 Kompleks KPKK wakil penjawat Pereka dan Jurufoto sedang berucap. Kehadiran lebih 500 orang memanaskan keadaan walaupun kedinginan hujan di luar amat dirasai. Tambahan pakaian saya sedikit basah. Apa perlunya saya hadir di majlis ini? Sebenarnya kami penjawatn Pereka dan Jurufoto bergabung dalam perkhidmatan Bakar dan Seni memegang gred B. Samakah kami dengan jawatan lain? Ya sebagai kakitangan kerajaan kami sama sahaja. Namun kami bertugas berbeza dengan beberapa jawatan lain. Kalau waktu kerja penjawat awam lain 8 pagi hingga 5 petang. Kami ada yang bertugas sampai 12 tengahmalam. Ada yang meninggalkan keluarga berhari, berminggu malahan berbulan. amat pelikkah jawatan kami? Tidaklah pelik. Sam